Wednesday, April 14, 2010
Teknik Baru Mendidik Kanak-kanak Autistik
Isteri Perdana Menteri berkata kejayaan sekolah itu, yang merupakan sekolah harian bukan berasaskan keuntungan "amat memberangsangkan".
"Walaupun kanak-kanak ini lembam dan autisme, tetapi mempunyai bakat yang tersendiri dalam diri mereka, dan jika diberi pendedahan dalam muzik, mereka bukan sahaja ada bakat tetapi juga mampu mengubah lagu dan sebagainya," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.
Rosmah, yang juga Presiden Bakti, berkata demikian selepas mengadakan lawatan bersama anggota badan itu ke sekolah Ivymount, yang terletak kira-kira 20km dari ibu kota Amerika Syarikat.
Sekolah itu yang ditubuhkan hampir 50 tahun lepas bermula dengan seorang pelajar kini mempunyai lebih 200 pelajar berumur dari empat hingga 21 tahun yang mempunyai "kekurangan keupayaan termasuk kurang daya kebolehan pembelajaran khusus, pelbagai kekurangan berkomunikasi atau kelemahan bahasa, kecacatan mental dan masalah kesihatan lain dan autisme.
Rosmah juga amat tertarik dengan sistem pengajaran sekolah itu yang turut mengajar pelajarnya berdikari dengan menjual makanan dan mengutip derma untuk mangsa bencana alam yang merupakan satu pembelajaran mengenai tanggungjawab sosial.
Beliau berkata pihaknya banyak belajar daripada lawatan berkenaan, dan yakin jika pihaknya mendapat dorongan serta geran daripada kerajaan, mereka mampu mewujudkan sekolah seumpamanya di Malaysia.
Rosmah berkata program sekolah itu, bagaimanapun perlu diubah suai bagi menepati acuan dan keperluan kanak-kanak autisme di Malaysia.
Walaupun Malaysia tidak mempunyai sekolah khas sedemikian setakat ini, beliau berkata teknik pengajaran dengan penekanan kepada muzik sudah mula diadakan.
Terdahulu, semasa berucap Rosmah berkata antara sebab Bakti mengadakan lawatan itu adalah untuk mempelajari teknik baru yang digunakan oleh sekolah yang menawarkan pendidikan kanak-kanak istimewa, untuk digunakan di Malaysia.
Beliau berkata Bakti yang aktif membantu pertubuhan dan organisasi yang memberikan penjagaan kepada kanak-kanak istimewa akan mengadakan satu karnival di Kuala Lumpur pada November tahun ini, bertujuan mendidik mereka mengasimilasikan diri ke dalam masyarakat serta menggalakkan orang ramai membeli barangan kraf yang dihasilkan mereka.
Rosmah satu pertandingan nyanyian bagi golongan istimewa ini akan turut diadakan di peringkat daerah dan pertandingan akhir dilangsungkan di Kuala Lumpur.
Beliau berkata isteri para Menteri Besar dan Ketua Menteri, yang turut serta dalam lawatan itu, dapat memperoleh sebahagian ilmu dalam pendidikan dan mengasuh kanak-kanak istimewa memandangkan mereka juga bertanggungjawab menjaga kebajikan golongan berkenaan di negeri masing-masing.
Rosmah berada di Washington mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan dan menghadiri Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear, yang bermula Isnin atas jemputan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Lawatan Rosmah turut disertai lebih 20 anggota Bakti, termasuk isteri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datin Seri Masnah Rais, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah.
Isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datin Seri Shuryani Shuaib dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Prof Datin Seri Aishah Salleh.
Turut serta adalah isteri Menteri Besar Negeri Sembilan Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri Ketua Menteri Melaka Datin Seri Datuk Wira Asmah Abdul Rahman, isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Faridah Tussin dan isteri Menteri Besar Pahang Datin Seri Junaini Kassim.
Pengarah Sekolah Ivymount Janet Wintrol dalam taklimatnya berkata sekolah itu mempunyai 206 guru termasuk guru pendidikan khas yang mempunyai ijazah sarjana manakala para penolong guru sekurang-kurangnya mempunyai diploma atau ijazah pertama.
Kebanyakan kanak-kanak yang dihantar ke sekolah itu adalah dibiayai oleh daerah yang mereka tinggal memandangkan untuk menghantar kanak-kanak ke sekolah itu amat mahal dengan yuran setahun berjumlah US$63,000 (RM202,804). -BERNAMA
Tuesday, March 23, 2010
Bagaimana untuk mengetahui samada anda mengalami masalah berat badan?
Kemudian rujuk jadual di bawah:
Mengapa penting utk mendapatkan berat badan yg ideal?
Saturday, March 20, 2010
Membantu Anak Sindrom Down "Ikhlas Dari Hati"
Oleh ZULKIPLE IBRAHIM
MENGAJAR anak yang mengalami masalah genetik Sindrom Down cara bagaimana mengembangkan kebolehan serta kepandaian sosial mereka bukanlah sesuatu yang mudah.
Tetapi bagi pakar terapi dan jurupulih anggota di Yayasan Sindrom Down Kiwanis-Pusat Nasional (KDSF-NC)di Petaling Jaya, semuanya dilakukan secara 'ikhlas dari jiwa'.
KDSF-NC mempunyai empat juruterapi yang bertugas untuk mengajar dan mengembangkan kebolehan sosial anak-anak Sindrom Down serta perkembangan pertuturan mereka.
Dua daripada juruterapi ini adalah warga Filipina manakala dua lagi dari Malaysia.
Apa yang mendorong mereka memilih untuk bertugas bersama anak-anak istimewa?
MULA DENGAN INGIN AMBIL TAHU
"Ianya bermula dari sikap ingin ambil tahu. Saya mahu belajar bagaimana badan manusia berfungsi luar dan dalam", menurut juruterapi Hazel Joy D. Sablay, 26 tahun. Beliau, yang lebih selesa dikenali sebagai Joy, berasal dari Manila, Filipina.
"Kanak-kanak adalah cantik dan comel. Saya menyayangi kesucian yang ada dalam diri mereka yang membuat mereka jujur dalam segala perbuatan yang dipamerkan dan pada apa perkataan yang mereka tuturkan.
"Tetapi apa yang membuatkan saya amat menyayangi anak keperluan istimewa ialah kekuatan mereka yang memberikan inspirasi kepada kita walaupun mereka berada dalam keadaan yang sukar.
"Sebagai juruterapi, adalah satu hadiah buat saya melihat anak-anak ini membesar dan dapat membantu mereka mengembangkan kebolehan yang mereka ada walaupun dengan keadaan mereka yang sukar dan terhad".
Bagi Joy, bertugas bersama anak-anak istimewa merupakan satu proses mengajar dan diajar.
"Mereka belajar daripada saya dan saya juga belajar daripada mereka. Mereka memberi inspirasi kepada saya dan saya percaya dalam sebahagian daripada hidup mereka, saya juga merupakan inspirasi bagi mereka", kata beliau.
DARI JIWA
Menurut Joy, adalah penting untuk mengetahui bahawa mengajar anak Sindrom Down bukan sahaja berlandaskan pengalaman dan kepandaian tetapi ianya harus dilakukan dengan hati yang penuh ikhlas.
"Jika kita mempunyai semangat untuk membantu mereka, semuanya akan turut tercatur dengan baik. Mempunyai hati dan perasaan yang jujur adalah kunci untuk menjadi pengajar, penjaga atau juruterapi anak istimewa secara efektif".
Joy percaya terapi fizikal atau fisioterapi adalah pilihan baik bagi pesakit yang mempunyai kekurangan upaya dalam sistem badan seperti otot, tulang, sensori, neurologi, peredaran darah serta pernafasan.
"Saya bersyukur kerana dapat bekerja bersama dengan anak keperluan khas walaupun ada mereka yang bertugas sebagai penjaga kesihatan profesional yang enggan dan turut menjauhi anak-anak ini", kata beliau.
Walaupun dilahirkan di Manila, Joy membesar di Isabela, kawasan utara Filipina. Pada tahun 2005, beliau menerima ijazah Sarjana Muda Terapi Fizikal dan mendapat lesen profesional di bidang tersebut pada tahun yang sama.
Sebelum beliau mula bertugas di KDSF-NC pada Mei 2008, Joy bekerja di sebuah hospital di Filipina selama tiga tahun dan telah melibatkan diri dengan ramai pesakit yang terdiri daripada golongan pediatrik dan geriatrik.
"Pada masa yang sama saya juga merawat pesakit di rumah seperti mereka yang mengalami masalah saraf dan otot serta anak istimewa antaranya Sindrom Down", tambah beliau.
TERAPI CARA KERJA
Kenapa pilih juruterapi sebagai kerjaya? Itulah soalan yang diajukan terhadap Junaleth 'June' Dalupang Chiong.
"Ianya bukanlah pilihan pertama saya. Tetapi ketika saya belajar, saya rasa terpanggil membantu mereka yang memerlukan dan ketika itulah saya mula memperkembangkan kebolehan saya dalam aspek ini", kata June yang berasal dari Makati, Filipina.
"Sebelum datang ke Malaysia, saya mempunyai pengalaman bekerja selama tiga tahun sebagai juruterapi cara kerja di Filipina. Saya biasa dengan anak-anak istimewa bukan sahaja Sindrom Down tetapi juga autisme, cerebral palsy, masalah pembelajaran dan cacat akal", kata June yang mempunyai ijazah Sarjana Muda Sains Terapi Cara Kerja.
Beliau juga merupakan juruterapi berlesen.
Bagi anak-anak Sindrom Down, June mempunyai pandangan sebegini:
"Membantu mereka merupakan satu cabaran kerana bukan semua yang dapat menyesuaikan diri bersama anak-anak ini. Anak-anak ini dianggap istimewa bukan kerana masalah yang mereka hadapi tetapi mereka boleh beri kelainan terhadap hidup anda dalam keadaan yang amat istimewa".
Bagi June, anak-anak istimewa membantu membina sifar pengajar mereka kerana ianya bukan sesuatu yang mudah mengajar anak-anak sebegini dengan penuh kasih sayang, kesabaran serta kefahaman.
"Saya tidak pernah menyesal berkhidmat untuk anak-anak istimewa kerana ianya memberi satu kepuasan bila melihat mereka berupaya mencapai kemajuan", tambah beliau.
ANAK ISTIMEWA JUGA MEMPUNYAI HAK
Bagi Ida Yasmine Ahmad, 27, yang dilahirkan di Kuching, Sarawak, anak-anak istimewa mempunyai hak sama seperti anak yang lain. Mereka juga mempunyai persamaan dari segi imaginasi, pemikiran, emosi serta reaksi dan tindakan.
"Disebabkan ciri-ciri istimewa mereka, anak-anak ini telah mencipta dengan sendiri daya mereka yang unik dalam menyatakan sesuatu dan ini memang sesuatu yang amat dan tidak pernah gagal menakjubkan saya.
"Apa yang kita anggap hanya sebagai kebolehan yang agak remeh, tetapi bagi anak istimewa di mana sesuatu itu kelihatan begitu sukar pada mulanya dan bila mereka berjaya melakukannya, ia seperti satu perkara yang amat besar telah dicapai.
"Dan situasi sebegini memang menakjubkan. Walaupun saya mungkin dianggap cuba membesarkan senario ini, tetapi itulah satu fakta dan perkara yang sebenarnya", kata Ida Yasmine yang merupakan graduan Kolej Universiti MAHSA pada tahun 2009.
Bagi beliau, anak-anak istimewa mungkin lain dari anak normal tetapi tetap mempunyai hak yang sama untuk bermain, belajar serta disayangi oleh semua.
"Selamat Hari Sindrom Down Dunia," kata beliau. - BERNAMA
Sumber : Petikan daripada Mstar Online
Friday, February 19, 2010
4 Shocking Secrets About Fast Food
Once upon a time, back when Ray Kroc was still pushing milkshake machines, a hamburger and fries meant a wad of freshly ground chuck and a peeled, sliced, and fried potato. Now, these two iconic foods—like nearly everything we consume—has taken on a whole new meaning. Sadly, many of our favorite foods today (especially fast foods) weren’t merely crafted in kitchens, they were also designed and perfected in labs. We uncovered the ugly truth in the course of our research for the Eat This, Not That! and new Cook This, Not That! series. What we found was not pretty.
Before you mindlessly chew your way through another value meal, take these mini-mysteries (conveniently solved below) into account. Sometimes the truth is tough to swallow.
What’s in a Chicken McNugget?
You’d think that a breaded lump of chicken would be pretty simple. Mostly, it would contain bread and chicken. But the McNugget and its peers at other fast-food restaurants are much more complicated creatures than that. The “meat” in the McNugget alone contains seven ingredients, some of which are made up of yet more ingredients. (Nope, it’s not just chicken. It’s also such nonchicken-related stuff as water, wheat starch, dextrose, safflower oil, and sodium phosphates.) The “meat” also contains something called “autolyzed yeast extract.” Then add another 20 ingredients that make up the breading, and you have the industrial chemical—I mean, fast-food meal—called the McNugget. Still, McDonald’s is practically all-natural compared to Wendy’s Chicken Nuggets, with 30 ingredients, and Burger King Chicken Fries, with a whopping 35 ingredients.
Bonus tip: For the nutritional breakdown of each of these “chicken” meals, and thousands others, download the brand-new Eat This, Not That! iPhone App! It’s like having your own personal nutritionist always at your fingertips!
What’s in a Wendy’s Frosty?
Wendy’s Frosty requires 14 ingredients to create what traditional shakes achieve with only milk and ice cream. So what accounts for the double-digit ingredient list? Mostly a barrage of thickening agents that includes guar gum, cellulose gum, and carrageenan. And while that’s enough to disqualify it as a milk shake in our book, it’s nothing compared to the chemist’s list of ingredients in the restaurant’s new line of bulked-up Frankenfrosties.
Check out the Coffee Toffee Twisted Frosty, for instance. It seems harmless enough; the only additions, after all, are “coffee syrup” and “coffee toffee pieces.” The problem is that those two additions collectively contain 25 extra ingredients, seven of which are sugars and three of which are oils. And get this: Rather than a classic syrup, the “coffee syrup” would more accurately be described as a blend of water, high-fructose corn syrup, and propylene glycol, a laxative chemical that’s used as an emulsifier in food and a filler in electronic cigarettes. Of all 10 ingredients it takes to make the syrup, coffee doesn’t show up until near the end, eight items down the list.
Bonus tip: Not all restaurant desserts will detonate your diet. See which frozen treats made our popular list of The 39 Best Healthy Foods in America.
What’s in a Filet-O-Fish?
The world’s most famous fish sandwich begins as one of the ocean’s ugliest creatures. Filet-O-Fish, like many of the fish patties used by fast-food chains, is made predominantly from hoki, a gnarly, crazy-eyed fish found in the cold waters off the coast of New Zealand.
In the past, McDonald’s has purchased up to 15 million pounds of hoki a year, each flaky fillet destined for a coat of batter, a bath of oil, a squirt of tartar, and a final resting place in a warm, squishy bun. But it seems the world’s appetite for this and other fried-fish sandwiches has proven too voracious, as New Zealand has been forced to cut the allowable catch over the years in order to keep the hoki population from collapsing. Don’t expect McDonald’s to scale down Filet-O-Fish output anytime soon, though; other whitefish like Alaskan pollock will likely fill in the gaps left by the hoki downturn. After all, once it’s battered and fried, do you really think you’ll know the difference?
Bonus tip: About a quarter of your day's caloric consumption comes from what you drink. Defy that stat: Avoid the 20 Unhealthiest Drinks in America. You'll be shocked by this list.
What’s in my salami sandwich?
Salami, the mystery meat: Is it cow? Is it pig? Well, if you’re talking Genoa salami, like you’d get at Subway, then it’s both. Most salami is made from slaughterhouse leftovers that are gathered using “advanced meat recovery,” which sounds like a rehab center for vegans but is actually a mechanical process that strips the last remaining bits of muscle off the bone so nothing is wasted. It’s then processed using lactic acid, the waste product produced by bacteria in the meat. It both gives the salami its tangy flavor and cures it as well, making it an inhospitable place for other bacteria to grow. Add in a bunch of salt and spices—for a total of 15 ingredients in all—and you’ve got salami. But now that you know what’s in there, you might need to check yourself into an advanced meat recovery center.
Bonus tip: For simple steps to live a longer and healthier life, read through Dr. Oz's 25 Greatest Health Tips Ever. His tips will dramatically improve your life. And one more thing: Save calories, time, and money with our free Eat This, Not That! newsletter. Sign up today and you’ll get the Eat This, Not That! guide to shopping once and eating for a week for free!
Monday, February 15, 2010
Mendidik Anak Secara Menyeronokkan
2) Ada beberapa perkara pokok yang harus diambil kira dalam pendidikan kanak-kanak. Diantaranya ialah :
a) Faham akan kesediaan seorang anak itu menerima sesuatu mesej pendidikan dalam satu-satu masa tertentu. Anak yang letih, lapar atau mengantuk mustahil dapat menggarap sesuatu arahan bahan pendidikan. Langsung dia akan 'mendengarnya' tapi tidak 'mengikutnya'
b) Faham tahap perkembangan anak pada satu-satu tahap umur. Selalunya anak yang kecil, berumur 5 atau 6 tahun tidak faham istilah-istilah 'kabur' seperti 'jahat', 'buruk', 'baik', 'esok', 'lusa' dan sebagainya. Cuba tunjukkan jari kita bila kita katakan kepada mereka yang satu-satu perkara akan terjadi 'lusa'. Agak mudah mereka memahami 'lusa' dengan cara begini dan ini akan mengelakkan dari mereka bertanya soalan yang sama bertalu-talu.
c) Kanak-kanak umpama alat perakam yang berkuasa tinggi. Segala bentuk percakapan, gaya bahasa, gaya berjalan orang disekelilingnya akan dirakam dan dijadikan ikutan amalan mereka. Oleh itu, adalah agak pelik bagi mereka sekiranya dipukul dan dimarahi oleh si ibu dengan arahan " jangan pukul adik!". Dalam fikiran mereka, kalau ibu boleh pukul mereka , kenapa tidak, mereka tidak boleh pukul adik? Tahap fikiran yang simplistik , tapi releven dengan kemampuan kanak-kanak.
c) Mudah difahami yang pendidikan kanak-kanak adalah umpama 'perang saraf' atau 'perang psikologi' yang amat menarik. Sekiranya kita kreatif dalam pendekatan psikologi ini ,maka mendidik anak menjadi senang dan menyeronokkan.
d) Anak yang tidak mahu makan?. Gunakan pendekatan psikologi dan ubahkan arahan untuk makan dan ambil pendekatan yang boleh menjadikan suasana makan sesuatu yang seronok. Apa kata kalau makanan dalam pinggan itu kita andaikan sebagai 'monster' dan anak yang akan memakannya adalah 'ultraman'? atau gunakan cara lain yg difikirkan sesuai
e) Anak kecil selalunya gemar bertanding dan berlumba-lumba. Mereka seronok kalau menang.Apa kata kalau mereka dan kita 'berlumba' untuk ketempat mandi? Saya yakin, arahan 'pergi mandi' yang kerap kali disanggah oleh seorang anak kecil akan bertukar menjadi satu perkara yang lebih positif; mereka mahu menang untuk ketempat mandi. Dan inilah yang kita mahukan.
f) Usia 3-5 tahun adalah usia anak yang mahu gunakan 'kebebasan' yang baru mereka perolehi. Umur inilah mereka dah petah bercakap, pandai menyanggah arahan dengan perkataan"tak mahu". Masa inilah juga mereka sudah laju berjalan, malah mampu berlari. Senang untuk lari dari melakukan sesuatu yang disuruh. Masa inilah juga kita boleh penat dengan kerenah mereka. Penat memberikan arahan yang tidak diendahkan. Penat sehinggakan kita mula gunakan kekerasan, ancaman atau menakut-nakutkan mereka dengan tahyul, atau perkara abstrak yang serupa.
g) Kekerasan, ancaman atau takut menakutkan tidak perlu samasekali sekiranya kita faham kaedah psikologi dan tahu apa yang ada dalam fikiran mereka. Kaedah menakutkan kanak-kanak dengan hantu, 'polis' , 'doktor yang akan cucuk' kerap kita dengar. Ada ibu bapa yang gunakan kaedah ini untuk dapatkan 'menafaat'yang cepat; anak yang takut akan cepat patuhi arahan , sebab takut ' hantu', 'doktor' atau 'polis'.
h) Namun agak janggal sekiranya kita takutkan mereka dengan sesuatu yang tidak perlu ditakuti hanya untuk dapatkan mereka lakukan sesuatu. Apa kata sekiranya mereka tidak lakukan perkara yang disuruh itu dan tiada pula 'hantu', 'polis' atau doktor' yang datang , seperti yang diancam? Tentunya ancaman itu dikira palsu dan pengalaman yang lebih mirip kepada penipuan. Maka 'halal'lah penipuan, sesuatu yang tidak mahu anak melakukanya. Tetapi kita yang lakukan.
i) Yang baiknya kita cakap terus terang dan berikan cerita yang benar, kenapa sesuatu itu harus dilakukan. Contohnya kita mahu anak mandi. Sebabnya, " nak suruh adik jadi bersih" . tapi anak diperingkat umur 3-5 tahun umumnya tak faham konsep 'bersih'. Terlalu abstrak bagi mereka.
j) Apa kata kalau kita buat begini: "Cuba adik cium bau abah ni " . Dengan cara bermain-main , kita suruh dia cium bau badan abah sebelum mandi. Lepas itu kita suruh pula cium selepas mandi. Wangi selepas mandi itu akan buatkan satu contoh yang berkesan , bahawa macam ni maknanya 'bersih"
k) Saya dapati banyak perkara boleh selesai sekiranya kita kurangkan arahan yang abstrak kepada kanak-kanak kecil. Yang abstrak ni kita yang faham,tapi anak kecil mungkin tak faham. Diantara contoh konsep abstrak yang lain ialah : "jadi anak yang soleh" , " lintas jalan baik-baik",
'makanlah betul-betul".
l) "Soleh", "baik-baik", "Betul-betul" ni cukup luas maknanya. Anak kecil saya pernah 'menyergah' saya " Adik dah jalan baik-baik ni": yang dia maksudkan , dia dah berjalan dengan pakai selipar cara yang betul dan tidak terbalik. Sedangkan yang saya maksudkan, ialah " jangan berlari semasa lintas jalan"!
m) Saya cukup seronok, bila tanya semula seorang anak kecil: "baik tu apa agaknya" atau " Soleh tu apa ya?" Dengan cara ini kita boleh semak kefahaman mereka, dan sesuaikan arahan kita dengan apa yang mereka faham
n) Anak kecil cukup cepat faham bila kita tunjuk apa yang kita mahukan dari mereka. Jangan beri arahan secara lisan sahaja . Contohnya kita mahukan mereka keemaskan barang permainan selepas bermain. Yang biasanya kita cakap " kemas barang permainan kamu tu". Kita tinggalkan mereka untuk mengemas. Kadangnya menjadi, kadangnya tidak. Kadangnya dikemaskan,tapi tidak mengikut apa yang kita takrifkan sebagai kemas
o) Cuba kaedah yang lebih menyeronokkan. "Jom kita kemas sama-sama; tengok siapa yang siap dulu" Lazimnya ajakan ini lebih merupakan ajakan untuk bertanding . Anak kecil suka dengan bentuk arahan sebegini. Pada peringkat permulaannya kita tunjukkan kepada mereka cara mengemas . Lepas itu saya lazimnya melihat mereka akan membuat perkara itu dengan suruhan yang sedikit sahaja. Tak perlu disergah dan dimarah. Cuba cara yang lebih menyeronokkan ini..
Bersambung...
....sambungan
oleh: Prof. Dr. Zabidi Husin
Saturday, February 6, 2010
Petua Pengambilan Makanan
Tanggapan yang betul tentang makanan dan kesihatan ialah semakin kurang anda makan, maka semakin sihat tubuh badan anda. Jika anda mengalami sesuatu penyakit, jangan cari apa yang perlu dimakan untuk memulihkan penyakit, tetapi carilah apa yang anda selalu makan sebagai punca penyakit.
Sekarang ini telah banyak kecelaruan terhadap sesuatu nasihat dan anjuran pengambilan makanan. Jika anda berpeluang berkawan dengan mereka yang mendakwa pakar pemakanan, cuba perhatikan diri mereka, mereka sendiri tidak dapat merealisasikan teori yang diperjuangkan. Kadang kala ada di antara mereka kelihatan perutnya buncit, kadang kala ototnya lembik dan kadang kala mukanya berjerawat, ada juga yang jiwanya tertekan. Mereka juga tidak yakin dengan apa yang mereka katakan kerana apabila dihidangkan, mereka akan makan juga apa yang mereka dakwa “tidak boleh makan”. Mungkin teori yang diuji secara makmal di luar tubuh manusia (yang turut mengandungi kuasa akal dan roh) menemui teori tertentu mengenai nutrisi, tetapi mengapa dalam kes tertentu pengambilanya tidak mujarab malah mendatangkan kesan sampingan.
Terdapat juga teknik penyediaan makanan yang dianggap mampu menghasilkan nutrien dengan baik, tetapi sebenarnya mendatangkan mudarat seperti memerah limau di atas daging atau minum jika tercekik atau pemekatan sesuatu bahan makanan. Ada juga sesuatu makanan yang sepatutnya dimakan tetapi dilarang, dan yang sepatutnya dihindari, tetapi digalakkan. Contohnya minuman ais sepatutnya perlu diambil dengan kerap dan makan berfiber kasar seperti pisang sepatutnya dielakkan, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Dalam dunia perubatan klasik (allopathic medicine), apabila wujud sesuatu penyakit, mereka akan membuat kajian terhadap bahan yang terlebih atau terkurang dalam darah. Contohnya pesakit diabitis, didapati kandungan gula dalam darah berlebihan, maka dinasihatkan agar mengurangkan gula. Atau bagi pesakit yang mengalami tekanan darah rendah, mereka dinasihatkan agar mengambil bayam atau kerang. Atau jika seseorang yang mengalami kolestrol tinggi, pesakit akan dinasihatkan untuk memerah limau di atas daging yang ingin dimakan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila sesuatu penyakit terjadi, didapati pesakit mengalami kekurang sesuatu zat makanan. Tetapi ini bukanlah bermaksud pesakit perlu mengambil dengan banyak makanan yang dianggap memiliki sesuatu zat. Sepatutnya nutrient yang berkurang hendaklah disukat kadar yang kurang serta kadar yang perlu diambil. Namun begitu, pengambilan nutrient semata-mata bukanlah penyelesaian kepada kekurangan neutrean dalam badan kerana jumlah neutrean dipengaruhi oleh faktor kemampuan tubuh untuk memproses, mencerna dan menggunakan nutrient yang diambil. Selagi organ dan sistem tubuh tidak mampu memproses nutrient, pengambilannya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Organ akan terbeban, nutrient akan disimpan dalam bentuk asid lemak dan urik asid, batu karang akan terbentuk di buah pinggang dan sebagainya.
Lebih malang lagi bagi sesetengah makanan, walaupun terdapat sesuatu nutrient, namun dalam satu makan yang sama terdapat juga bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Contohnya walaupun susu mengandungi banyak kalsium, tetapi susu juga mengandungi banyak protein yang akan membebankan hati dan buah pinggang .
Post ini akan mendedahkan kajian sebenar mengenai petua pemakanan berdasarkan konsep ilmu Colour Vibration Therapy. Kajian ini bukanlah sesuatu yang kontraversi memandangkan terdapat banyak pembuktian terhadap kesan pemulihan dan pengurangan simptom sesuatu penyakit.
Berikut ialah ringkasan pengenai sesuatu nutrient atau makanan serta kesan pengambilannya.
| PROTEIN | ||
| Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
| Protein tinggi seperti kobis, taugeh | Sakit belakang hilang | Mata kabur, |
| Mengambil makanan daging tinggi protein yang banyak seperti daging ayam, kuning telur | Badan sasa | Gatal kulit, kulit sensitif, berjerawat |
| Protein tinggi daripada soya seperti susu soya, tauhu, tau fu fa, tempe, kicap soya asli | Cergas sementara | Sakit kepala, tekak loya |
| Protein tinggi daripada susu tinggi protein atau susu awal lembu atau susu IGGPlus | Badan sasa, hilang sakit belakang, mengurangkan simtpom kencing manis | Mata silau, mudah demam secara tiba-tiba, masalah berkaitan buah pinggang, prostat dan masalah kencing |
| Protein teroksida daripada ikan yang diproses menjadi keropok dan fish ballatau fish cake | Tinggi IQ | Trouma yang sukardilupakan. Prostat terganggu, masalah berkaitan kencing |
| Protein tepu iaitu protein yang disalut kolestrol seperti makanan yang diperah limau, keropok lekor | Tinggi IQ | Strok, koma, sebu atau angin, prostat terganggu, masalah berkaitan kencing |
| Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
| Makanan tinggi zat seperti spirulina dan multivitamin | Menghilangkan simptom kencing manis. Memberi kecergasa sementara. Mencegah jangkitan penyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik) | Gangguan spiritual, kelesuan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein |
| VitaminC | Mencegah jangkitanpenyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik) | Usus berdarah, melemahkan buah pinggang akibat batu karang |
| Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
| Logam berat daripada bayam, mengkudu, kerang, hati | Pelupa, tekanan darahtinggi | |
| Logam berat atau makanan berat zat seperti herba yang dipekatkan atau kopi campuran herba | Pelupa, keliru, mudah mengantuk, tekanan darah tinggi | |
| Logamberat daripada kulit ikan yang ciri-cirinya licin danhitam seperti ikan keli, dan semua bahagian kepala ikan (walaupun ikantersebut kulitnya kasar dan cerah) | Pelupa, keliru | |
| Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
| Urik asid daripada makanan berwarna kuning dan masam seperti buah yang telah lama dipetik, jeruk, cuka, makanan yang diperam. | Gout, sendi tulang, kencing manis | |
| Urik asid daripada yis yang digunakan untuk menghasilkan roti dan donat. | Gout, perasaan tertekan | |
| Urik asid daripada daging ayam bandar terutama bahagian kulitnya. | Gout, sendi tulang | |
| Urik asid daripada kopi dan teh yang diambil berlebihan | Gout, sendi tulang, tekanan perasaan, kekeliruan | |
| Minuman bergas dan minuman berjenama Nescefe | Gout, jantung, berdebar,sendi tulang, perasaan tertekan | |
| Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
| Kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, perut, hati, serangga seperti belalang atau protein serangga | Kekenyangan | Buah pinggang lemah, masalah kencing, prostat, antibodi lemah, resdung, alergi |
| Kolestrol daripada minyak masak berasaskan tumbuhan seperti minyak soya, minyak kelapa sawit, minyak jagung (kecuali minyak bunga matahari, minyak kelapa dan minyak zaitun) | Jantung, mata kabur, tekanan darah tinggi | |
| Kolestrol daripada daging lembu terutama daging berger dan diproses hingga teroksida seperti bakso | Strok, koma, tekanan darah tinggi | |
| Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
| Tumbuhan pengurai (atau pengguna ketiga dalam rantaianmakanan) seperti cendawan atau kulat contohn ya seperti lingzhi ataugano atau pelbagai cendawan atau kulat yang dijadikan sayur | Mengurangkan aktiviti kanser, cergas sementara | Kelesuan yang amat sangat kerana tenaga diserap |
| Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
| Makananyang diletakkan perasa monosodiom glitumat MSG seperti makanan ringan dan makanan segera | Kesan seperti urik asid, kesan seperti protein tinggi dan kolestrol tepu | |
| Makanan yang diletakkan perasa pedas | Usus berdarah | |
| Makanan yang diletakkan perwarna seperti sirap dan mee kuning | Masalah buah pinggang, masalah kencing, masalah kelenjar prostat | |
| Makanan yang diletakkan penahan seperti buah mata kucing, buah longan | Alergi, masalah penyakit kulit, kesan seperti urik asid | |
| Makan yang dihasilkan secara kimia seperti kopi berjenama Nescafe | Gout, kesan seperti urik asid, tekana perasaan | |
| Makanan | Kesan Sementara | Kesan_Sampingan |
| Makanan yang dibungkuskan di dalam bekas bertoksik seperti polisterin dan botol plastik air mineral | Cirit-birit, gangguan hormon terutama kelenjar pitutari | |
| Minuman yang dibungkuskan di dalam tetra pak seperti minuman kotak tarutama susu kotak kerana bungkusan boleh ditembusi bakteria | Cirit-birit | |
| Makanan dalam tin yang distrilkan dengan radioaktif seperti sardin, laici atau buah dalam tin | Kereputan tulang, gangguan saraf, kesan seperti urik asid | |
| Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
| Makanandan minuman berkoko seperti susu perasa coklat atau susu berkoko (milo, vico) kek coklat, coklat bar | Cergas, melegakan tekanan perasaan | Ketagihan, kelenjar tiroid terganggu, dahaga, hilang selera makan, peluh berlebihan, kehilangan banyak mineral seperti pottasiom melalui peluh, sembelit |
| Semua minuman kopi yang berkefen dan minuman berjenama Nescefe | Cergas, tidak mengantuk | Ketagihan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein, tekanan perasaan, sembelit, buasir atau masalah usus |