Pemakanan dan pemantapan baka Melayu perlu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pranatal, pascanatal dan pemakanan peringkat pertumbuhan perlu diberi perhatian jika mahu melihat generasi Melayu yang berkualiti unggul muncul dikemudian hari. Menutupi dan memadam persepsi selama ini yang mengatakan orang Melayu mempunyai otak yang kecil dan tidak mampu menyaingi kehebatan bangsa lain.
Apakah ada makanan bestari yang boleh membuat anak Melayu lebih pintar? Apakah pemakanan yang diamalkan oleh orang Melayu membuat mereka kurang cerdik dan kurang bersaing.
Untuk menghasilkan generasi Melayu yang cemerlang, persiapan harus dilaksanakan mulai pada malam konsepsi lagi. Pengumpulan semen suami lima hari sebelum jatuh subur isteri bertujuan memastikan baka suami dalam jumlah yang cukup tinggi sehingga saingan antara beratus juta spermatozoa yang dikeluarkan oleh lelaki mampu menghasilkan satu spermatozoa juara yang terunggul untukmempersenyawakan telur wanita.
Seawalnya lapan minggu selepas kehamilan, saraf pendengaran di susunan saraf pusat otak embrio berkenaan mulai tumbuh dan berkembang. Usaha untuk berkomunikasi sehala dengan embrio tersebut perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri melalui nyanyian, percakapan, membaca ayat suci yang ditujukan kepada rahim ibu. Komunikasi vokal dan verbal ini boleh merangsangkan dan perkembangan jaringan dendrit sel-sel di otak di segala penjuru otak embrio tersebut.
Makin banyak sel-sel otak (neuron) dan dendrit makin pintar individu berkenaan kelak. Ukuran kepintaran (IQ) individu berkenaan bergantung pada bilangan neuron yang berjumlah ratusan bilion dan jaringan dendrit yang menghubungi sel-sel otak itu (ibarat jaringan kawat telefon) yang dapat mencapai ribuan trilion dalam satu laluan saraf sahaja.
Sayangnya jika tidak dipupuk, jaringan-jaringan tersebut akan musnah dan akan kurang berhubung antara sel-sel saraf tersebut, maka kurang pintar orang itu. Maka amat penting komunikasi verbal dan vokal ini diteruskan sepanjang kehamilan. Dendangkan janin anda dengan alunan muzik kompleks seperti muzik klasik atas pendengaran ayat-ayat suci dan doa-doa hampir dengan rahim ibunya nescaya usaha anda untuk menghasilkan bayi yang pintar akan tercapai.
Di samping itu, ibu yang mengandung harus mengambil makanan bergizi tinggi dengan makro dan mikro yang seimbang sehingga dapat mendukung perkembangan otak janin yang lebih sempurna. Di peringkat pascanatal, begitu anak Melayu itu lahir,pemberian susu ibu merupakan suatu keharusan yang mutlak kecuali susu ibu kering atau tidak mencukupi. Dikatakan kanak-kanak yang menerima susu ibu tidak hanya memiliki IQ yang tinggi daripada yang tidak, malah ukuran emosi (EQ) juga dikatakan lebih mantap kerana sentuhan-sentuhan keibuan mententeramkan bayi,memperkukuhkan jaringan antara sel-sel otak menjadi lebih ekstensif dan intensif. Bayi-bayi Melayu perlu diusapsekerap mungkin dengan maksud dan tujuan yang sama.
Penyebarluasan dan penumpuan dalaman jaringan sel-sel saraf diperkukuhkan lagi dengan pendedahan terhadap kesemua deria pancaindera sebaik sahaja bayi Melayu itu lahir ke dunia. Dahulunya di fasa pranatal, hanya perangsangan vokal dilaksanakan, di fasa pascanatal, bayi baru lahir dapat dirangsang otaknya melalui pelbagai pancaindera lain seperti visual, sentuhan, belaian, usapan, pengecapan dan pembauan. Tindakan ini dijangka akan menghasilkan ribuan trilion sambungan antara saraf dan antara dendrit. Jika tindakan sebegini tidak dilakukan secara berterusan, sambungan-sambungan ini akan putus sehingga tidak dapat menghasilkan mereka yang mempunyai IQ dan EQ tinggi.
Pendekatan perangsangan pancaindera ini bertujuan untuk membina ribuan trilion sambungan antara sel otak dan dendritnya ke tahap paling maksimum atau optimum.
Membiarkan kanak-kanak demam panas tinggi meskipun tanpa kejang-kejang boleh memutuskan sambungan yang telah terbina. Apatah lagi terjadi jangkitan sel otak seperti encephalitis dan meningitis, suhu badan yang sangat tinggi sahaja dapat memati berjuta sel otak dalam satu serangan. Bayi-bayi dan kanak-kanak kerana pengetahuan ibu bapa yang kurang terhadap bahaya tersebut dan kesempitan kewangan mungkin mengambil keputusan merawat sendiri sehingga mengakibatkan pemutusan sambungan-sambungan sel-sel otak.
Bayangkan berapa kerap bayi-bayi dan kanak-kanak Melayu mengalami panas badan yang dianggap enteng oleh sebahagian ibu bapa. Sedangkan kaum Cina mempunyai kedudukan kewangan yang baik di samping kesedaran kesihatan yang jauh lebih tinggi, maka sambungan saraf mereka jauh lebih terpelihara daripada kanak-kanak dan bayi Melayu.
Selain rangsangan sentuhan dan usapan, bayi-bayi baru lahir harus secepatnya dirangsang deria penglibatan mereka dengan ribuan warna. Jika anda ingin anak anda menjadi pelukis, dedahkan mereka dengan kekayaan warna-warni melalui pelbagai ikhtiar. Mata manusia dapat mengenal sejuta jenis warna. Setiap warna mempunyai memorinya sendiri di otak manusia. Setiap memori mempunyai jaringan masing-masing. Makin banyak warna yang didedahkan melalui pelbagai cara (mainan/cat dinding/warna pakaian dan sebagainya), makin banyak terbina jaringan yang menyalur keterangan untuk disimpan dan dikeluarkan dalam masa yang lebih pendek dari sekelip mata.
Begitu juga dengan deria kecapan di lidah kanak-kanak, ia perlu dirangsang agar mengelak prejudis terhadap makanan tertentu. Deria kecapan di lidah janganlah dibiasakan dengan rasa-rasa asas sahaja seperti manis, masin, masam, pahit dan pedas. Kalau itu sahaja yang diberi, dikemudian hari mereka terikat dengan keterbatasan cita rasa sehingga membuat mereka menolak makanan bergiz tinggi dan menjadi ketagihan pada satu atau hanya beberapa cita rasa asasi.
Pendedahan awal kepada rasa-rasa yang kompleks seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat menghindarkan mereka daripada tidak meminati makanan-makanan tersebut. Umpamanya hirisan-hirisan timun, tomato dan buah-buahan diletakkan sahaja di atas lidah untuk diperkenalkan tanpa membenarkan mereka menelan pada bayi-bayi tetapi boleh dikunyah apabila diberikan kepada kanak-kanak yang lebih besar.
Proses perkenalan itu boleh diperkukuhkan dengan penyebutan nama bahan itu meskipun kita berhadapan dengan bayi seusia enam bulan. Dengan berbuat demikian, terakam tidak hanya isyarat melalui saraf pengecapan dalam masa yang sama, apabila bahan makan dibaukan ke hidung bayi, proses pengenalan itu menjadi cukup lengkap.Terpeta di memori otaknya dan dijangka berkekalan. Kaedah ini akan membuat kanak-kanak itu menjadi gemar dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang merupakan sumbermikro-nutrien and vitamin yang penting untuk metabolisme otak. Kelima-lima deria pancaindera dapat dimanipulasikan sehingga perangsangan optimum sel-sel otak tercapai melalui pengisian komputer hayat.
Pemakanan anak-anak Melayu berusia bawah 12 tahun hendaklah diberikan perhatian istimewa. Ternyata pemakanan yang berasaskan kanji atau karbohidrat serta gula berlebihan seperti yang diamalkan oleh orang Melayu mungkin menyebabkan mereka menjadi agak lembap.
Kadar protein makanan Melayu biasanya rendah dan ia perlu dipertingkatkan jika orang Melayu ingin pintar. Banyak ikan, banyak daging tanpa lemak, banyak ayam, susu dan lebih penting banyak makan produk-produk kacang soya seperti tahu, tempe dan tofu. Lawatan ke sekolah-sekolah luar bandar, akan mendapati rata-rata ukuran fizikal mereka jauh lebih kerdil daripada orang Melayu bandar yang sedikit lebih baik dalam pengambilan protein dalam diet mereka.
Walaupun tidak menyetujui IQ seseorang ditentukan oleh saiz tengkoraknya, namun dipandang dari sudut survival, mereka bertubuh kasar dan besar seperti orang Barat itu mempunyai banyak kelebihan.
Otot dan otak harus seiring untuk menjadi manusia cemerlang. Keunggulan otak dan otot harus seimbang, ini diperlihatkan oleh banyak pemain bola sepak Barat yang mempunyai kombinasi tersebut.
Tanpa kecekapan otak yang bertindak pantas, kesempatan serpihan saat yang diambil dengan refleks otak akan menentukan kemenangan. Dengan kata lain bermain bola sepak secara cemerlang pun harus punyai IQ yang tinggi.
Saturday, July 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment