Thursday, April 11, 2013

PERIPATETIKOLOGIS



Apa yang anda fikirkan apabila seseorang melabelkan anda sebagai seorang PERIPATETIKOLOGIS? menyebutnya pun perlu berhati-hati dan perlu dengan jeda yang betul.

Adakah istilah "PERIPATETIKOLOGIS" membawa maksud yang ada kaitan dgn mana2 institusi di mana2 negara dan mengakui  mereka memiliki hak mutlak secara undang-undang yang sah bahawa penggunaan istilah itu hanya untuk kelompok entiti mereka sahaja?.

Berasal daripada perkataan PERIPATETIC yang membahawa maksud "TIDAK STATIK atau BEREDAR, BERJALAN-JALAN, BERGERAK DARI SATU TEMPAT KE SATU TEMPAT atau MENGEMBARA".

Pemahaman saya "Peripatetikologis" adalah membawa maksud " Seseorang yang berkemahiran atau berpengetahuan dalam bidang yang diceburinya yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat (secara berkala) kerana sesuatu tujuan yang murni untuk diri sendiri ataupun untuk orang lain". Ada maksud lain selain daripada ini? Kalau ada sama-sama kita wacanakan minda kita supaya ianya boleh dielobrasikan untuk penghujahan yang efektif, yang mana akhirannya suatu konklusi yang lebih mantap dapat dihasilkan. Bukan bersandarkan emosi dengki dan ketidakpuasan hati  apabila berhujah ke atas isu picisan ini.

CONTOH; Seorang mekanik yg perlu bertugas secara rutin di beberapa tempat / bengkel yang berbeza lokasi. Dia terpaksa bergerak ke tempat kerjanya mengikut giliran jadual yang ditetapkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai mekanik di bengkel yang berbeza. Kenapa tidak boleh Mekanik ini dikenali sebagai Peripatetikologis Mekanik? tentu sahaja boleh.

Begitu juga seperti Guru Muzik Beredar. Yang terpaksa ke sekolah yang berbeza untuk mengajar muzik kepada pelajarnya. Guru ini boleh kita golongkan dia sebagai Peripatetikologis Muzik yakni mereka yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mengajar muzik.

Samalah juga seperti seorang ahli agamawan yang dengan rela hati mengajar agama di beberapa tempat berbeza. seperti Ustaz Azhar Idrus (UAI). Beliau boleh dikenali sebagai seorang Peripatetikologis dalam bidang keagamaan kerana beliau tidak statik dalam menyampaikan kuliah agamanya dalam sesuatu masa. Kerana beliau seorang Ahli Peripatetik Penyampaian Kuliah Agama Islam. Bila disebut sahaja Peripatetikologis Agama, dapat kita tafsirkan bahawa beliau sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk menyampaikan kuliah agama.

Suatu yang menarik untuk diketahui ialah mengenali AHLI PERIPATETIK FALSAFAH ISLAM  seperti AL-FARABI, IBNU SINA, KHAWAJAH NASIRUDDIN, IBN BAJJAH  dan IBN RUSYID. Mereka adalah terdiri daripada ahli-ahli sains hebat yang mempunyai beberapa disiplin ilmu selain daripada sebagai ahli falsafah yang tersohor. Penemuan dan hasil kajian mereka masih menjadi antara elemen rujukan utama sehingga ke hari ini. Mereka bergerak dari disiplin ilmu yang berbeza untuk menemui sesuatu yang membuktikan betapa ALLAH SWT itu Maha Pencipta dan Maha Hebat.

 Adakah ianya kini satu istilah yg boleh membawa pengertian yang berbeza daripada apa yang dimaksudkan itu?

Mungkin anda ada pandangan lain daripada itu. Itu hak anda untuk menafsirkannya mengikut kefahaman anda atau tidak bersetuju dengan pandangan yang saya ketengahkan. Apapun ianya tidak akan memberi kesan kepada mana2 institusi.

Mungkin ahli bahasa mahu membuat DIAGNOSIS untuk mengenal pasti samada istilah ini layak untuk berada dalam kamus bahasa yang terkini.

Sesungguhnya istilah bahasa sifatnya hidup dan adakah istilah ini yang boleh memenuhi tuntutan sejajar perkembangan modenisasi sesuatu bahasa.

Kalau anda tidak setuju istilah ini digunakan maka tiada keperluan untuk memaksa anda terus mempersoalkan kredibilitnya.

Sebagaimana tiada paksaan ke atas sesuatu fahaman yang tidak disukai.
Tiada guna ditinggalkan tanggungjawab hakiki dan tugasan asal kerana mahukan istilah ini.
Lebih baik kita serahkan kepada mereka yang berminat untuk menilainya.

Ianya tetap satu istilah baru iaitu PERIPATETIKOLOGIS yang sedap disebut untuk menguji sejauh mana anda peka terhadap perkembangan sesuatu bahasa dan memahami makna sebenar yang tersirat disebaliknya.

Bila berbicara pasal istilah sebegini. teringat saya kepada istilah yang saya pernah debatkan pada 1990 bersama dengan pelajar2 Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ketika satu program di Pulau Perhentian. Sehingga kini tiada kata putus dapat dimuktamadkan.

Saya mengatakan istilah TANAK NASI adalah tidak betul kerana ianya boleh membawa maksud BUBUR kerana TANAK membawa maksud proses memasak dan Nasi membawa erti sejenis makanan yang telah masak iaitu beras yang telah dimasak dengan menggunakan air dan tenaga haba. Jadi tanak nasi ialah proses memasak sesuatu yang telah masak. Tidakkah itu menunjukkan ianya adalah BUBUR NASI?

Pada hemat saya istilah yang sebetulnya adalah REBUS BERAS.

Fikir2kanlah.... sebagai bicara minda.




Sunday, February 10, 2013

5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK



1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.