Apa yang anda fikirkan apabila seseorang melabelkan anda sebagai seorang PERIPATETIKOLOGIS? menyebutnya pun perlu berhati-hati dan perlu dengan jeda yang betul.
Adakah istilah "PERIPATETIKOLOGIS" membawa maksud yang ada kaitan dgn mana2 institusi di mana2 negara dan mengakui mereka memiliki hak mutlak secara undang-undang yang sah bahawa penggunaan istilah itu hanya untuk kelompok entiti mereka sahaja?.
Berasal daripada perkataan PERIPATETIC yang membahawa maksud "TIDAK STATIK atau BEREDAR, BERJALAN-JALAN, BERGERAK DARI SATU TEMPAT KE SATU TEMPAT atau MENGEMBARA".
Pemahaman saya "Peripatetikologis" adalah membawa maksud " Seseorang yang berkemahiran atau berpengetahuan dalam bidang yang diceburinya yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat (secara berkala) kerana sesuatu tujuan yang murni untuk diri sendiri ataupun untuk orang lain". Ada maksud lain selain daripada ini? Kalau ada sama-sama kita wacanakan minda kita supaya ianya boleh dielobrasikan untuk penghujahan yang efektif, yang mana akhirannya suatu konklusi yang lebih mantap dapat dihasilkan. Bukan bersandarkan emosi dengki dan ketidakpuasan hati apabila berhujah ke atas isu picisan ini.
CONTOH; Seorang mekanik yg perlu bertugas secara rutin di beberapa tempat / bengkel yang berbeza lokasi. Dia terpaksa bergerak ke tempat kerjanya mengikut giliran jadual yang ditetapkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai mekanik di bengkel yang berbeza. Kenapa tidak boleh Mekanik ini dikenali sebagai Peripatetikologis Mekanik? tentu sahaja boleh.
Begitu juga seperti Guru Muzik Beredar. Yang terpaksa ke sekolah yang berbeza untuk mengajar muzik kepada pelajarnya. Guru ini boleh kita golongkan dia sebagai Peripatetikologis Muzik yakni mereka yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mengajar muzik.
Samalah juga seperti seorang ahli agamawan yang dengan rela hati mengajar agama di beberapa tempat berbeza. seperti Ustaz Azhar Idrus (UAI). Beliau boleh dikenali sebagai seorang Peripatetikologis dalam bidang keagamaan kerana beliau tidak statik dalam menyampaikan kuliah agamanya dalam sesuatu masa. Kerana beliau seorang Ahli Peripatetik Penyampaian Kuliah Agama Islam. Bila disebut sahaja Peripatetikologis Agama, dapat kita tafsirkan bahawa beliau sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk menyampaikan kuliah agama.
Suatu yang menarik untuk diketahui ialah mengenali AHLI PERIPATETIK FALSAFAH ISLAM seperti AL-FARABI, IBNU SINA, KHAWAJAH NASIRUDDIN, IBN BAJJAH dan IBN RUSYID. Mereka adalah terdiri daripada ahli-ahli sains hebat yang mempunyai beberapa disiplin ilmu selain daripada sebagai ahli falsafah yang tersohor. Penemuan dan hasil kajian mereka masih menjadi antara elemen rujukan utama sehingga ke hari ini. Mereka bergerak dari disiplin ilmu yang berbeza untuk menemui sesuatu yang membuktikan betapa ALLAH SWT itu Maha Pencipta dan Maha Hebat.
Adakah ianya kini satu istilah yg boleh membawa pengertian yang berbeza daripada apa yang dimaksudkan itu?
Mungkin anda ada pandangan lain daripada itu. Itu hak anda untuk menafsirkannya mengikut kefahaman anda atau tidak bersetuju dengan pandangan yang saya ketengahkan. Apapun ianya tidak akan memberi kesan kepada mana2 institusi.
Mungkin ahli bahasa mahu membuat DIAGNOSIS untuk mengenal pasti samada istilah ini layak untuk berada dalam kamus bahasa yang terkini.
Sesungguhnya istilah bahasa sifatnya hidup dan adakah istilah ini yang boleh memenuhi tuntutan sejajar perkembangan modenisasi sesuatu bahasa.
Kalau anda tidak setuju istilah ini digunakan maka tiada keperluan untuk memaksa anda terus mempersoalkan kredibilitnya.
Sebagaimana tiada paksaan ke atas sesuatu fahaman yang tidak disukai.
Tiada guna ditinggalkan tanggungjawab hakiki dan tugasan asal kerana mahukan istilah ini.
Lebih baik kita serahkan kepada mereka yang berminat untuk menilainya.
Ianya tetap satu istilah baru iaitu PERIPATETIKOLOGIS yang sedap disebut untuk menguji sejauh mana anda peka terhadap perkembangan sesuatu bahasa dan memahami makna sebenar yang tersirat disebaliknya.
Bila berbicara pasal istilah sebegini. teringat saya kepada istilah yang saya pernah debatkan pada 1990 bersama dengan pelajar2 Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ketika satu program di Pulau Perhentian. Sehingga kini tiada kata putus dapat dimuktamadkan.
Saya mengatakan istilah TANAK NASI adalah tidak betul kerana ianya boleh membawa maksud BUBUR kerana TANAK membawa maksud proses memasak dan Nasi membawa erti sejenis makanan yang telah masak iaitu beras yang telah dimasak dengan menggunakan air dan tenaga haba. Jadi tanak nasi ialah proses memasak sesuatu yang telah masak. Tidakkah itu menunjukkan ianya adalah BUBUR NASI?
Pada hemat saya istilah yang sebetulnya adalah REBUS BERAS.
Fikir2kanlah.... sebagai bicara minda.
No comments:
Post a Comment