Friday, May 28, 2010

Rahsia Anak Pintar Dari Perspektif Islam

BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.
Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.
Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini.
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak”
Fadzilah Kamsah – Pakar motivasi
“Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.
“Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik,” katanya yang berkelulusan ijazah sarjana muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds University.
Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal. Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan jurutera lain.
“Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan genius.
“Istilah genius tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak kerana belum ada kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah setaraf orang dewasa. Einstein menyelesaikan masalah teori relativiti pada usia 25 tahun, selepas lulus universiti,” katanya.
Ainon mendakwa, disebabkan genius adalah pakar dalam sesuatu bidang, tiada kanak-kanak genius kerana anak kecil itu tidak mempunyai kepakaran ilmu. Oleh itu, baginya, tiada kanak-kanak genius dalam bidang sains, kejuruteraan, kedoktoran ataupun perfileman atau yang bergelar pakar bedah.
Satu lagi istilah ‘prodigy’ yang merujuk keupayaan kanak-kanak melakukan perkara yang hanya dapat dilakukan orang dewasa.
“Kanak-kanak pada usia lapan tahun yang dapat mengikuti pelajaran matematik peringkat universiti atau mencipta muzik seperti pemuzik dewasa, selayaknya digelar ‘prodigy.’ Mereka ini hanya ada dalam dua bidang iaitu matematik dan muzik. Kanak-kanak prodigiy mempunyai kepintaran orang dewasa dalam bidang matematik ataupun muzik saja. Dalam lain-lain hal, mereka adalah kanak-kanak seperti budak lain,” katanya.
Persoalannya, apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.
“Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur,” katanya.
Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.
Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalam usaha memulakan keluarga.
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Bagi tujuan itu, ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak sebagai doktor misalnya. Ibu dan bapa perlulah memupuk minat anak menjadi doktor dengan membaca buku berkaitan perubatan sejak hamil.
“Wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga boleh berbuat demikian. Malah sebagai orang Islam kita mempunyai 1,001 cara untuk membentuk anak menjadi pintar dan soleh pada masa sama,” katanya.
Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, dia sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.
“Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan,” katanya.
Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah ‘hypnagogic moment’ iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.
“Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.
“Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat,” katanya.
Beliau turut menegur tindakan ibu bapa yang selalu terlanjur mengeluarkan perkataan negatif ketika marah.
“Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan, katakan kepada mereka: “Kamu anak baik. Kamu anak bijak. Mengapa lakukan perkara itu,” katanya.
‘Formula Adi Putra berasaskan kiraan Islam’
IMPIAN untuk bertentang mata dengan Adi Putra Abdul Ghani, 11, tidak kesampaian kerana dia berada di kampung neneknya yang baru meninggal dunia. Namun peluang bertemu ayahnya memberi kesempatan mengenali siapa sebenarnya Adi Putra yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan sehingga kini sudah mencipta 228 formula menyelesaikan masalah matematik.
Kisah kepintaran Adi Putra menyelesaikan masalah matematik sudah terlalu banyak diperkatakan tetapi kali ini penulis dihidangkan dengan sisi lain budak cerdik itu.
Menerusi paparan cakera padat, Adi Putra hanya menonjol dalam matematik tetapi pelbagai bidang lain yang melampaui usia sebenarnya.
“Ia satu anugerah Allah yang wajar kita syukuri. Ia juga satu bukti kehebatan Allah yang mampu memilih sesiapa saja untuk diberikan keistimewaan biarpun makhluk itu semuda Adi Putra,” kata Abdul Ghani ketika ditemui baru-baru ini.
Menariknya mengenai Adi Putra ialah semua formula matematiknya berasaskan cara kiraan Islam 100 peratus dan cara penyelesaiannya berdasarkan cakerawala, peredaran bulan, matahari, bumi serta menggunakan semua ciptaan Allah SWT di muka bumi ini seperti bukit dan tidak ketinggalan mengguna pakai perkiraan orang dulu.
Abdul Ghani mendakwa, kaedah pengiraan itu diiktiraf pakar antarabangsa malah di luar negara satu formula Adi Putra dinilai bersamaan RM1 juta dan modul sifir yang dihasilkannya bernilai berbilion ringgit.
“Jangan anggap Adi Putra budak kecil kerana selain pintar dalam matematik, dia juga mampu mengajar, petah berbicara walaupun ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa malah tidak kekok bersama dengan pembesar negara,” katanya.
Katanya, anaknya itu juga diiktiraf memiliki pengetahuan ilmu matematik berusia 400 hingga 500 tahun dulu yang pernah dikuasai ilmuwan Islam. Adi Putra bukan hanya menguasai formula matematik sebaliknya mengkaji setiap nombor.
“Kita dianugerahkan jari dan pelbagai bentuk bantuan semula jadi untuk mengira. Adi Putra juga menggariskan tiga perkara yang merosakkan dan melemahkan minda umat Islam iaitu terciptanya kalkulator, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan permainan video.
“Matematik dan sains tidak dimonopoli sesuatu bangsa sebaliknya terpulang kepada kita untuk menguasainya. Ilmuwan Islam terdahulu sudah membuktikan betapa kita sebenarnya menguasai matematik, bukan orang lain.
“Apa yang penting ialah bukan sekadar anak kita bijak tetapi juga kreatif. Adi Putra mengajar budak lain untuk turut kreatif mencari penyelesaian kepada masalah matematik dengan tempoh paling cepat,” katanya.
Malah, kata Abdul Ghani, salah seorang pelajarnya cuma mendapat satu markah daripada 50 soalan matematik dan selepas mengikuti kelas Adi Putra, dia mampu memperoleh 100 peratus selepas dua hari.
INFO: Tip untuk ibu bapa
  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
  • Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
  1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Wednesday, April 14, 2010

Teknik Baru Mendidik Kanak-kanak Autistik

Kejayaan sekolah Ivymount di Rockville dekat sini membantu kanak-kanak autistik supaya lebih berkeyakinan dan mampu berinteraksi melalui teknik pengajaran dengan muzik, nyanyian serta tarian menarik perhatian Datin Seri Rosmah Mansor.


Isteri Perdana Menteri berkata kejayaan sekolah itu, yang merupakan sekolah harian bukan berasaskan keuntungan "amat memberangsangkan".

"Walaupun kanak-kanak ini lembam dan autisme, tetapi mempunyai bakat yang tersendiri dalam diri mereka, dan jika diberi pendedahan dalam muzik, mereka bukan sahaja ada bakat tetapi juga mampu mengubah lagu dan sebagainya," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

Rosmah, yang juga Presiden Bakti, berkata demikian selepas mengadakan lawatan bersama anggota badan itu ke sekolah Ivymount, yang terletak kira-kira 20km dari ibu kota Amerika Syarikat.

Sekolah itu yang ditubuhkan hampir 50 tahun lepas bermula dengan seorang pelajar kini mempunyai lebih 200 pelajar berumur dari empat hingga 21 tahun yang mempunyai "kekurangan keupayaan termasuk kurang daya kebolehan pembelajaran khusus, pelbagai kekurangan berkomunikasi atau kelemahan bahasa, kecacatan mental dan masalah kesihatan lain dan autisme.

Rosmah juga amat tertarik dengan sistem pengajaran sekolah itu yang turut mengajar pelajarnya berdikari dengan menjual makanan dan mengutip derma untuk mangsa bencana alam yang merupakan satu pembelajaran mengenai tanggungjawab sosial.

Beliau berkata pihaknya banyak belajar daripada lawatan berkenaan, dan yakin jika pihaknya mendapat dorongan serta geran daripada kerajaan, mereka mampu mewujudkan sekolah seumpamanya di Malaysia.
Rosmah berkata program sekolah itu, bagaimanapun perlu diubah suai bagi menepati acuan dan keperluan kanak-kanak autisme di Malaysia.

Walaupun Malaysia tidak mempunyai sekolah khas sedemikian setakat ini, beliau berkata teknik pengajaran dengan penekanan kepada muzik sudah mula diadakan.

Terdahulu, semasa berucap Rosmah berkata antara sebab Bakti mengadakan lawatan itu adalah untuk mempelajari teknik baru yang digunakan oleh sekolah yang menawarkan pendidikan kanak-kanak istimewa, untuk digunakan di Malaysia.

Beliau berkata Bakti yang aktif membantu pertubuhan dan organisasi yang memberikan penjagaan kepada kanak-kanak istimewa akan mengadakan satu karnival di Kuala Lumpur pada November tahun ini, bertujuan mendidik mereka mengasimilasikan diri ke dalam masyarakat serta menggalakkan orang ramai membeli barangan kraf yang dihasilkan mereka.

Rosmah satu pertandingan nyanyian bagi golongan istimewa ini akan turut diadakan di peringkat daerah dan pertandingan akhir dilangsungkan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata isteri para Menteri Besar dan Ketua Menteri, yang turut serta dalam lawatan itu, dapat memperoleh sebahagian ilmu dalam pendidikan dan mengasuh kanak-kanak istimewa memandangkan mereka juga bertanggungjawab menjaga kebajikan golongan berkenaan di negeri masing-masing.

Rosmah berada di Washington mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan dan menghadiri Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear, yang bermula Isnin atas jemputan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Lawatan Rosmah turut disertai lebih 20 anggota Bakti, termasuk isteri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datin Seri Masnah Rais, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah.

Isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datin Seri Shuryani Shuaib dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Prof Datin Seri Aishah Salleh.

Turut serta adalah isteri Menteri Besar Negeri Sembilan Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri Ketua Menteri Melaka Datin Seri Datuk Wira Asmah Abdul Rahman, isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Faridah Tussin dan isteri Menteri Besar Pahang Datin Seri Junaini Kassim.

Pengarah Sekolah Ivymount Janet Wintrol dalam taklimatnya berkata sekolah itu mempunyai 206 guru termasuk guru pendidikan khas yang mempunyai ijazah sarjana manakala para penolong guru sekurang-kurangnya mempunyai diploma atau ijazah pertama.

Kebanyakan kanak-kanak yang dihantar ke sekolah itu adalah dibiayai oleh daerah yang mereka tinggal memandangkan untuk menghantar kanak-kanak ke sekolah itu amat mahal dengan yuran setahun berjumlah US$63,000 (RM202,804). -BERNAMA

Tuesday, March 23, 2010

Bagaimana untuk mengetahui samada anda mengalami masalah berat badan?

Cara pengiraan:


Kemudian rujuk jadual di bawah:




Mengapa penting utk mendapatkan berat badan yg ideal?



Saturday, March 20, 2010

Membantu Anak Sindrom Down "Ikhlas Dari Hati"

MENGAJAR anak yang mengalami masalah genetik Sindrom Down cara bagaimana mengembangkan kebolehan serta kepandaian sosial mereka bukanlah sesuatu yang mudah.

Tetapi bagi pakar terapi dan jurupulih anggota di Yayasan Sindrom Down Kiwanis-Pusat Nasional (KDSF-NC)di Petaling Jaya, semuanya dilakukan secara 'ikhlas dari jiwa'.

KDSF-NC mempunyai empat juruterapi yang bertugas untuk mengajar dan mengembangkan kebolehan sosial anak-anak Sindrom Down serta perkembangan pertuturan mereka.

Dua daripada juruterapi ini adalah warga Filipina manakala dua lagi dari Malaysia.

Apa yang mendorong mereka memilih untuk bertugas bersama anak-anak istimewa?

MULA DENGAN INGIN AMBIL TAHU

"Ianya bermula dari sikap ingin ambil tahu. Saya mahu belajar bagaimana badan manusia berfungsi luar dan dalam", menurut juruterapi Hazel Joy D. Sablay, 26 tahun. Beliau, yang lebih selesa dikenali sebagai Joy, berasal dari Manila, Filipina.

"Kanak-kanak adalah cantik dan comel. Saya menyayangi kesucian yang ada dalam diri mereka yang membuat mereka jujur dalam segala perbuatan yang dipamerkan dan pada apa perkataan yang mereka tuturkan.

"Tetapi apa yang membuatkan saya amat menyayangi anak keperluan istimewa ialah kekuatan mereka yang memberikan inspirasi kepada kita walaupun mereka berada dalam keadaan yang sukar.

"Sebagai juruterapi, adalah satu hadiah buat saya melihat anak-anak ini membesar dan dapat membantu mereka mengembangkan kebolehan yang mereka ada walaupun dengan keadaan mereka yang sukar dan terhad".

Bagi Joy, bertugas bersama anak-anak istimewa merupakan satu proses mengajar dan diajar.

"Mereka belajar daripada saya dan saya juga belajar daripada mereka. Mereka memberi inspirasi kepada saya dan saya percaya dalam sebahagian daripada hidup mereka, saya juga merupakan inspirasi bagi mereka", kata beliau.

DARI JIWA

Menurut Joy, adalah penting untuk mengetahui bahawa mengajar anak Sindrom Down bukan sahaja berlandaskan pengalaman dan kepandaian tetapi ianya harus dilakukan dengan hati yang penuh ikhlas.

"Jika kita mempunyai semangat untuk membantu mereka, semuanya akan turut tercatur dengan baik. Mempunyai hati dan perasaan yang jujur adalah kunci untuk menjadi pengajar, penjaga atau juruterapi anak istimewa secara efektif".

Joy percaya terapi fizikal atau fisioterapi adalah pilihan baik bagi pesakit yang mempunyai kekurangan upaya dalam sistem badan seperti otot, tulang, sensori, neurologi, peredaran darah serta pernafasan.

"Saya bersyukur kerana dapat bekerja bersama dengan anak keperluan khas walaupun ada mereka yang bertugas sebagai penjaga kesihatan profesional yang enggan dan turut menjauhi anak-anak ini", kata beliau.

Walaupun dilahirkan di Manila, Joy membesar di Isabela, kawasan utara Filipina. Pada tahun 2005, beliau menerima ijazah Sarjana Muda Terapi Fizikal dan mendapat lesen profesional di bidang tersebut pada tahun yang sama.

Sebelum beliau mula bertugas di KDSF-NC pada Mei 2008, Joy bekerja di sebuah hospital di Filipina selama tiga tahun dan telah melibatkan diri dengan ramai pesakit yang terdiri daripada golongan pediatrik dan geriatrik.

"Pada masa yang sama saya juga merawat pesakit di rumah seperti mereka yang mengalami masalah saraf dan otot serta anak istimewa antaranya Sindrom Down", tambah beliau.

TERAPI CARA KERJA

Kenapa pilih juruterapi sebagai kerjaya? Itulah soalan yang diajukan terhadap Junaleth 'June' Dalupang Chiong.

"Ianya bukanlah pilihan pertama saya. Tetapi ketika saya belajar, saya rasa terpanggil membantu mereka yang memerlukan dan ketika itulah saya mula memperkembangkan kebolehan saya dalam aspek ini", kata June yang berasal dari Makati, Filipina.

"Sebelum datang ke Malaysia, saya mempunyai pengalaman bekerja selama tiga tahun sebagai juruterapi cara kerja di Filipina. Saya biasa dengan anak-anak istimewa bukan sahaja Sindrom Down tetapi juga autisme, cerebral palsy, masalah pembelajaran dan cacat akal", kata June yang mempunyai ijazah Sarjana Muda Sains Terapi Cara Kerja.

Beliau juga merupakan juruterapi berlesen.

Bagi anak-anak Sindrom Down, June mempunyai pandangan sebegini:

"Membantu mereka merupakan satu cabaran kerana bukan semua yang dapat menyesuaikan diri bersama anak-anak ini. Anak-anak ini dianggap istimewa bukan kerana masalah yang mereka hadapi tetapi mereka boleh beri kelainan terhadap hidup anda dalam keadaan yang amat istimewa".

Bagi June, anak-anak istimewa membantu membina sifar pengajar mereka kerana ianya bukan sesuatu yang mudah mengajar anak-anak sebegini dengan penuh kasih sayang, kesabaran serta kefahaman.

"Saya tidak pernah menyesal berkhidmat untuk anak-anak istimewa kerana ianya memberi satu kepuasan bila melihat mereka berupaya mencapai kemajuan", tambah beliau.

ANAK ISTIMEWA JUGA MEMPUNYAI HAK

Bagi Ida Yasmine Ahmad, 27, yang dilahirkan di Kuching, Sarawak, anak-anak istimewa mempunyai hak sama seperti anak yang lain. Mereka juga mempunyai persamaan dari segi imaginasi, pemikiran, emosi serta reaksi dan tindakan.

"Disebabkan ciri-ciri istimewa mereka, anak-anak ini telah mencipta dengan sendiri daya mereka yang unik dalam menyatakan sesuatu dan ini memang sesuatu yang amat dan tidak pernah gagal menakjubkan saya.

"Apa yang kita anggap hanya sebagai kebolehan yang agak remeh, tetapi bagi anak istimewa di mana sesuatu itu kelihatan begitu sukar pada mulanya dan bila mereka berjaya melakukannya, ia seperti satu perkara yang amat besar telah dicapai.

"Dan situasi sebegini memang menakjubkan. Walaupun saya mungkin dianggap cuba membesarkan senario ini, tetapi itulah satu fakta dan perkara yang sebenarnya", kata Ida Yasmine yang merupakan graduan Kolej Universiti MAHSA pada tahun 2009.

Bagi beliau, anak-anak istimewa mungkin lain dari anak normal tetapi tetap mempunyai hak yang sama untuk bermain, belajar serta disayangi oleh semua.

"Selamat Hari Sindrom Down Dunia," kata beliau. - BERNAMA

Sumber : Petikan daripada Mstar Online

Friday, February 19, 2010

4 Shocking Secrets About Fast Food

Once upon a time, back when Ray Kroc was still pushing milkshake machines, a hamburger and fries meant a wad of freshly ground chuck and a peeled, sliced, and fried potato. Now, these two iconic foods—like nearly everything we consume—has taken on a whole new meaning. Sadly, many of our favorite foods today (especially fast foods) weren’t merely crafted in kitchens, they were also designed and perfected in labs. We uncovered the ugly truth in the course of our research for the Eat This, Not That! and new Cook This, Not That! series. What we found was not pretty.

Before you mindlessly chew your way through another value meal, take these mini-mysteries (conveniently solved below) into account. Sometimes the truth is tough to swallow.

What’s in a Chicken McNugget?
You’d think that a breaded lump of chicken would be pretty simple. Mostly, it would contain bread and chicken. But the McNugget and its peers at other fast-food restaurants are much more complicated creatures than that. The “meat” in the McNugget alone contains seven ingredients, some of which are made up of yet more ingredients. (Nope, it’s not just chicken. It’s also such nonchicken-related stuff as water, wheat starch, dextrose, safflower oil, and sodium phosphates.) The “meat” also contains something called “autolyzed yeast extract.” Then add another 20 ingredients that make up the breading, and you have the industrial chemical—I mean, fast-food meal—called the McNugget. Still, McDonald’s is practically all-natural compared to Wendy’s Chicken Nuggets, with 30 ingredients, and Burger King Chicken Fries, with a whopping 35 ingredients.

Bonus tip: For the nutritional breakdown of each of these “chicken” meals, and thousands others, download the brand-new Eat This, Not That! iPhone App! It’s like having your own personal nutritionist always at your fingertips!

What’s in a Wendy’s Frosty?
Wendy’s Frosty requires 14 ingredients to create what traditional shakes achieve with only milk and ice cream. So what accounts for the double-digit ingredient list? Mostly a barrage of thickening agents that includes guar gum, cellulose gum, and carrageenan. And while that’s enough to disqualify it as a milk shake in our book, it’s nothing compared to the chemist’s list of ingredients in the restaurant’s new line of bulked-up Frankenfrosties.

Check out the Coffee Toffee Twisted Frosty, for instance. It seems harmless enough; the only additions, after all, are “coffee syrup” and “coffee toffee pieces.” The problem is that those two additions collectively ­contain 25 extra ingredients, seven of which are sugars and three of which are oils. And get this: Rather than a classic syrup, the “coffee syrup” would more accurately be described as a blend of water, high-fructose corn syrup, and propylene glycol, a laxative chemical that’s used as an emulsifier in food and a filler in electronic cigarettes. Of all 10 ingredients it takes to make the syrup, coffee doesn’t show up until near the end, eight items down the list.

Bonus tip: Not all restaurant desserts will detonate your diet. See which frozen treats made our popular list of The 39 Best Healthy Foods in America.

What’s in a Filet-O-Fish?
The world’s most famous fish sandwich begins as one of the ocean’s ugliest creatures. Filet-O-Fish, like many of the fish patties used by fast-food chains, is made predominantly from hoki, a gnarly, crazy-eyed fish found in the cold waters off the coast of New Zealand. In the past, McDonald’s has purchased up to 15 million pounds of hoki a year, each flaky fillet destined for a coat of batter, a bath of oil, a squirt of tartar, and a final resting place in a warm, squishy bun. But it seems the world’s appetite for this and other fried-fish sandwiches has proven too voracious, as New Zealand has been forced to cut the allowable catch over the years in order to keep the hoki population from collapsing. Don’t expect McDonald’s to scale down Filet-O-Fish output anytime soon, though; other whitefish like Alaskan pollock will likely fill in the gaps left by the hoki downturn. After all, once it’s battered and fried, do you really think you’ll know the difference?

Bonus tip: About a quarter of your day's caloric consumption comes from what you drink. Defy that stat: Avoid the 20 Unhealthiest Drinks in America. You'll be shocked by this list.

What’s in my salami sandwich?
Salami, the mystery meat: Is it cow? Is it pig? Well, if you’re talking Genoa salami, like you’d get at Subway, then it’s both. Most salami is made from slaughterhouse leftovers that are gathered using “advanced meat recovery,” which sounds like a rehab center for vegans but is actually a mechanical process that strips the last remaining bits of muscle off the bone so nothing is wasted. It’s then processed using lactic acid, the waste product produced by bacteria in the meat. It both gives the salami its tangy flavor and cures it as well, making it an inhos­pitable place for other bacteria to grow. Add in a bunch of salt and spices—for a total of 15 ingredients in all—and you’ve got salami. But now that you know what’s in there, you might need to check yourself into an advanced meat recovery center.

Bonus tip: For simple steps to live a longer and healthier life, read through Dr. Oz's 25 Greatest Health Tips Ever. His tips will dramatically improve your life. And one more thing: Save calories, time, and money with our free Eat This, Not That! newsletter. Sign up today and you’ll get the Eat This, Not That! guide to shopping once and eating for a week for free!

Monday, February 15, 2010

Mendidik Anak Secara Menyeronokkan

Hari ini saya diminta berkongsi pengalaman , mendidik 6 anak melalui perspektif seorang doktor kanak-kanak yang faham tentang cara seorang anak berfikir dan bertindak. Pada saya mendidik seorang anak dengan memahami keadaan psikologi mereka amat menyeronokkan. Keberkesanan sesuatu aspek pendidikan adalah hasil dari 'kemenangan' perang psikologi antara kita dan anak yang mahu kita didik.

2) Ada beberapa perkara pokok yang harus diambil kira dalam pendidikan kanak-kanak. Diantaranya ialah :

a) Faham akan kesediaan seorang anak itu menerima sesuatu mesej pendidikan dalam satu-satu masa tertentu. Anak yang letih, lapar atau mengantuk mustahil dapat menggarap sesuatu arahan bahan pendidikan. Langsung dia akan 'mendengarnya' tapi tidak 'mengikutnya'

b) Faham tahap perkembangan anak pada satu-satu tahap umur. Selalunya anak yang kecil, berumur 5 atau 6 tahun tidak faham istilah-istilah 'kabur' seperti 'jahat', 'buruk', 'baik', 'esok', 'lusa' dan sebagainya. Cuba tunjukkan jari kita bila kita katakan kepada mereka yang satu-satu perkara akan terjadi 'lusa'. Agak mudah mereka memahami 'lusa' dengan cara begini dan ini akan mengelakkan dari mereka bertanya soalan yang sama bertalu-talu.

c) Kanak-kanak umpama alat perakam yang berkuasa tinggi. Segala bentuk percakapan, gaya bahasa, gaya berjalan orang disekelilingnya akan dirakam dan dijadikan ikutan amalan mereka. Oleh itu, adalah agak pelik bagi mereka sekiranya dipukul dan dimarahi oleh si ibu dengan arahan " jangan pukul adik!". Dalam fikiran mereka, kalau ibu boleh pukul mereka , kenapa tidak, mereka tidak boleh pukul adik? Tahap fikiran yang simplistik , tapi releven dengan kemampuan kanak-kanak.

c) Mudah difahami yang pendidikan kanak-kanak adalah umpama 'perang saraf' atau 'perang psikologi' yang amat menarik. Sekiranya kita kreatif dalam pendekatan psikologi ini ,maka mendidik anak menjadi senang dan menyeronokkan.

d) Anak yang tidak mahu makan?. Gunakan pendekatan psikologi dan ubahkan arahan untuk makan dan ambil pendekatan yang boleh menjadikan suasana makan sesuatu yang seronok. Apa kata kalau makanan dalam pinggan itu kita andaikan sebagai 'monster' dan anak yang akan memakannya adalah 'ultraman'? atau gunakan cara lain yg difikirkan sesuai

e) Anak kecil selalunya gemar bertanding dan berlumba-lumba. Mereka seronok kalau menang.Apa kata kalau mereka dan kita 'berlumba' untuk ketempat mandi? Saya yakin, arahan 'pergi mandi' yang kerap kali disanggah oleh seorang anak kecil akan bertukar menjadi satu perkara yang lebih positif; mereka mahu menang untuk ketempat mandi. Dan inilah yang kita mahukan.

f) Usia 3-5 tahun adalah usia anak yang mahu gunakan 'kebebasan' yang baru mereka perolehi. Umur inilah mereka dah petah bercakap, pandai menyanggah arahan dengan perkataan"tak mahu". Masa inilah juga mereka sudah laju berjalan, malah mampu berlari. Senang untuk lari dari melakukan sesuatu yang disuruh. Masa inilah juga kita boleh penat dengan kerenah mereka. Penat memberikan arahan yang tidak diendahkan. Penat sehinggakan kita mula gunakan kekerasan, ancaman atau menakut-nakutkan mereka dengan tahyul, atau perkara abstrak yang serupa.

g) Kekerasan, ancaman atau takut menakutkan tidak perlu samasekali sekiranya kita faham kaedah psikologi dan tahu apa yang ada dalam fikiran mereka. Kaedah menakutkan kanak-kanak dengan hantu, 'polis' , 'doktor yang akan cucuk' kerap kita dengar. Ada ibu bapa yang gunakan kaedah ini untuk dapatkan 'menafaat'yang cepat; anak yang takut akan cepat patuhi arahan , sebab takut ' hantu', 'doktor' atau 'polis'.

h) Namun agak janggal sekiranya kita takutkan mereka dengan sesuatu yang tidak perlu ditakuti hanya untuk dapatkan mereka lakukan sesuatu. Apa kata sekiranya mereka tidak lakukan perkara yang disuruh itu dan tiada pula 'hantu', 'polis' atau doktor' yang datang , seperti yang diancam? Tentunya ancaman itu dikira palsu dan pengalaman yang lebih mirip kepada penipuan. Maka 'halal'lah penipuan, sesuatu yang tidak mahu anak melakukanya. Tetapi kita yang lakukan.

i) Yang baiknya kita cakap terus terang dan berikan cerita yang benar, kenapa sesuatu itu harus dilakukan. Contohnya kita mahu anak mandi. Sebabnya, " nak suruh adik jadi bersih" . tapi anak diperingkat umur 3-5 tahun umumnya tak faham konsep 'bersih'. Terlalu abstrak bagi mereka.

j) Apa kata kalau kita buat begini: "Cuba adik cium bau abah ni " . Dengan cara bermain-main , kita suruh dia cium bau badan abah sebelum mandi. Lepas itu kita suruh pula cium selepas mandi. Wangi selepas mandi itu akan buatkan satu contoh yang berkesan , bahawa macam ni maknanya 'bersih"

k) Saya dapati banyak perkara boleh selesai sekiranya kita kurangkan arahan yang abstrak kepada kanak-kanak kecil. Yang abstrak ni kita yang faham,tapi anak kecil mungkin tak faham. Diantara contoh konsep abstrak yang lain ialah : "jadi anak yang soleh" , " lintas jalan baik-baik",
'makanlah betul-betul".

l) "Soleh", "baik-baik", "Betul-betul" ni cukup luas maknanya. Anak kecil saya pernah 'menyergah' saya " Adik dah jalan baik-baik ni": yang dia maksudkan , dia dah berjalan dengan pakai selipar cara yang betul dan tidak terbalik. Sedangkan yang saya maksudkan, ialah " jangan berlari semasa lintas jalan"!

m) Saya cukup seronok, bila tanya semula seorang anak kecil: "baik tu apa agaknya" atau " Soleh tu apa ya?" Dengan cara ini kita boleh semak kefahaman mereka, dan sesuaikan arahan kita dengan apa yang mereka faham

n) Anak kecil cukup cepat faham bila kita tunjuk apa yang kita mahukan dari mereka. Jangan beri arahan secara lisan sahaja . Contohnya kita mahukan mereka keemaskan barang permainan selepas bermain. Yang biasanya kita cakap " kemas barang permainan kamu tu". Kita tinggalkan mereka untuk mengemas. Kadangnya menjadi, kadangnya tidak. Kadangnya dikemaskan,tapi tidak mengikut apa yang kita takrifkan sebagai kemas

o) Cuba kaedah yang lebih menyeronokkan. "Jom kita kemas sama-sama; tengok siapa yang siap dulu" Lazimnya ajakan ini lebih merupakan ajakan untuk bertanding . Anak kecil suka dengan bentuk arahan sebegini. Pada peringkat permulaannya kita tunjukkan kepada mereka cara mengemas . Lepas itu saya lazimnya melihat mereka akan membuat perkara itu dengan suruhan yang sedikit sahaja. Tak perlu disergah dan dimarah. Cuba cara yang lebih menyeronokkan ini..

Bersambung...

....sambungan

1) Agak meletihkan sekiranya apa yang kita suruh, tidak langsung diendahkan oleh seorang anak

2) Tapi, apa yang saya perhatikan ialah; kerap kali suruhan kita itu tidak berapa difahami oleh anak , terutamanya yang diperingkat persekolahan. Mereka nampak macam faham, tapi sebenarnya tidak. Ini berlaku bila bentuk arahan kita itu bertubi-tubi dan dalam berbagai bentuk.

3) Contohnya : " Pergi tukar baju, lepas tu basuh tangan, makan dan buat homework". Anak yang letih, baru balik sekolah, lapar serta panas, tidak ramai yang dapat menggarap semua arahan sebegini dan lakukannnya dengan teratur.

4) Lagipun tabiat kita untuk suruh semua benda sebegini tidak banyak menggalakkan kanak-kanak berfikir sendiri. Semuanya dilakukan bila disuruh, kerana mereka dah biasa dengan arahan. Kerap kali kita suruh " sapu lantai, lepas tu buang sampah tu dalam plastik, plastik tu kemudian letak dalm tong sampah" : Terperinci dan "preskriptif". Langsung apa yang terjadi ialah seorang anak yang terpaku selepas satu tugas yang telah dia lakukan. Terpaku dan bersedia untuk terima arahan selanjutnya. Bergerak cuma bila diketuk.

5) Apa kata kalau kita ubahkan sedikit pendekatan 'suruhan' begini dengan prinsip menggalakkan kreativiti kanak-kanak. Tukarkan bentuk arahan terperinci tadi dengan arahan : " Adik pastikan lantai tu bersih ya" dan tengok apa yang beliau lakukan untuk mencapai maksud arahan tersebut. Lepas tu kita pandu fikiran mereka.

6) Contoh lain yang mudah ialah : usah kita bagitahu seorang anak yang 4+1 = 5, dan 6-1 =5, atau 25 dibahagi 5 jadinya 5. tapi kita beritahu mereka, macamana kita boleh dapatkan angka 5. Biarkan imaginasi mereka berputar untuk dapatkan angka ini. Lebih menyeronokkan dan tentu tidak meletihkan bagi sipendidik!

Bersambung dalam bab "mendisiplinkan anak"

7) Mendisiplinkan bukan sinonim dengan memarahi atau memukul. Malah kaedah memarahi atau memukul adalah cara paling tidak berkesan untuk mendidik Lebih-lebih lagi kalau seorang anak dimarahi dan dipukul dikhalayak ramai ; hatta dihadapan adik beradik nya sekali pun!

8) Seorang anak mempunyai 'maruah'. Adalah menjadi kesilapan sekiranya kita jatuhkan maruah mereka dengan alasan mahu mendidik. Mungkin kesan didikan sebegini cuma bersifat sementara. Segala pengajaran yang diajar melalui menjatuhkan maruah tidak banyak memberikan kesan positif jangka panjang tetapi boleh meninggalkan kesan negatif yang sukar untuk dihapuskan.

oleh: Prof. Dr. Zabidi Husin