1) Agak meletihkan sekiranya apa yang kita suruh, tidak langsung diendahkan oleh seorang anak
2) Tapi, apa yang saya perhatikan ialah; kerap kali suruhan kita itu tidak berapa difahami oleh anak , terutamanya yang diperingkat persekolahan. Mereka nampak macam faham, tapi sebenarnya tidak. Ini berlaku bila bentuk arahan kita itu bertubi-tubi dan dalam berbagai bentuk.
3) Contohnya : " Pergi tukar baju, lepas tu basuh tangan, makan dan buat homework". Anak yang letih, baru balik sekolah, lapar serta panas, tidak ramai yang dapat menggarap semua arahan sebegini dan lakukannnya dengan teratur.
4) Lagipun tabiat kita untuk suruh semua benda sebegini tidak banyak menggalakkan kanak-kanak berfikir sendiri. Semuanya dilakukan bila disuruh, kerana mereka dah biasa dengan arahan. Kerap kali kita suruh " sapu lantai, lepas tu buang sampah tu dalam plastik, plastik tu kemudian letak dalm tong sampah" : Terperinci dan "preskriptif". Langsung apa yang terjadi ialah seorang anak yang terpaku selepas satu tugas yang telah dia lakukan. Terpaku dan bersedia untuk terima arahan selanjutnya. Bergerak cuma bila diketuk.
5) Apa kata kalau kita ubahkan sedikit pendekatan 'suruhan' begini dengan prinsip menggalakkan kreativiti kanak-kanak. Tukarkan bentuk arahan terperinci tadi dengan arahan : " Adik pastikan lantai tu bersih ya" dan tengok apa yang beliau lakukan untuk mencapai maksud arahan tersebut. Lepas tu kita pandu fikiran mereka.
6) Contoh lain yang mudah ialah : usah kita bagitahu seorang anak yang 4+1 = 5, dan 6-1 =5, atau 25 dibahagi 5 jadinya 5. tapi kita beritahu mereka, macamana kita boleh dapatkan angka 5. Biarkan imaginasi mereka berputar untuk dapatkan angka ini. Lebih menyeronokkan dan tentu tidak meletihkan bagi sipendidik!
Bersambung dalam bab "mendisiplinkan anak"
7) Mendisiplinkan bukan sinonim dengan memarahi atau memukul. Malah kaedah memarahi atau memukul adalah cara paling tidak berkesan untuk mendidik Lebih-lebih lagi kalau seorang anak dimarahi dan dipukul dikhalayak ramai ; hatta dihadapan adik beradik nya sekali pun!
8) Seorang anak mempunyai 'maruah'. Adalah menjadi kesilapan sekiranya kita jatuhkan maruah mereka dengan alasan mahu mendidik. Mungkin kesan didikan sebegini cuma bersifat sementara. Segala pengajaran yang diajar melalui menjatuhkan maruah tidak banyak memberikan kesan positif jangka panjang tetapi boleh meninggalkan kesan negatif yang sukar untuk dihapuskan.
oleh: Prof. Dr. Zabidi Husin
No comments:
Post a Comment