Tanggapan yang betul tentang makanan dan kesihatan ialah semakin kurang anda makan, maka semakin sihat tubuh badan anda. Jika anda mengalami sesuatu penyakit, jangan cari apa yang perlu dimakan untuk memulihkan penyakit, tetapi carilah apa yang anda selalu makan sebagai punca penyakit.
Sekarang ini telah banyak kecelaruan terhadap sesuatu nasihat dan anjuran pengambilan makanan. Jika anda berpeluang berkawan dengan mereka yang mendakwa pakar pemakanan, cuba perhatikan diri mereka, mereka sendiri tidak dapat merealisasikan teori yang diperjuangkan. Kadang kala ada di antara mereka kelihatan perutnya buncit, kadang kala ototnya lembik dan kadang kala mukanya berjerawat, ada juga yang jiwanya tertekan. Mereka juga tidak yakin dengan apa yang mereka katakan kerana apabila dihidangkan, mereka akan makan juga apa yang mereka dakwa “tidak boleh makan”. Mungkin teori yang diuji secara makmal di luar tubuh manusia (yang turut mengandungi kuasa akal dan roh) menemui teori tertentu mengenai nutrisi, tetapi mengapa dalam kes tertentu pengambilanya tidak mujarab malah mendatangkan kesan sampingan.
Terdapat juga teknik penyediaan makanan yang dianggap mampu menghasilkan nutrien dengan baik, tetapi sebenarnya mendatangkan mudarat seperti memerah limau di atas daging atau minum jika tercekik atau pemekatan sesuatu bahan makanan. Ada juga sesuatu makanan yang sepatutnya dimakan tetapi dilarang, dan yang sepatutnya dihindari, tetapi digalakkan. Contohnya minuman ais sepatutnya perlu diambil dengan kerap dan makan berfiber kasar seperti pisang sepatutnya dielakkan, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Dalam dunia perubatan klasik (allopathic medicine), apabila wujud sesuatu penyakit, mereka akan membuat kajian terhadap bahan yang terlebih atau terkurang dalam darah. Contohnya pesakit diabitis, didapati kandungan gula dalam darah berlebihan, maka dinasihatkan agar mengurangkan gula. Atau bagi pesakit yang mengalami tekanan darah rendah, mereka dinasihatkan agar mengambil bayam atau kerang. Atau jika seseorang yang mengalami kolestrol tinggi, pesakit akan dinasihatkan untuk memerah limau di atas daging yang ingin dimakan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila sesuatu penyakit terjadi, didapati pesakit mengalami kekurang sesuatu zat makanan. Tetapi ini bukanlah bermaksud pesakit perlu mengambil dengan banyak makanan yang dianggap memiliki sesuatu zat. Sepatutnya nutrient yang berkurang hendaklah disukat kadar yang kurang serta kadar yang perlu diambil. Namun begitu, pengambilan nutrient semata-mata bukanlah penyelesaian kepada kekurangan neutrean dalam badan kerana jumlah neutrean dipengaruhi oleh faktor kemampuan tubuh untuk memproses, mencerna dan menggunakan nutrient yang diambil. Selagi organ dan sistem tubuh tidak mampu memproses nutrient, pengambilannya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Organ akan terbeban, nutrient akan disimpan dalam bentuk asid lemak dan urik asid, batu karang akan terbentuk di buah pinggang dan sebagainya.
Lebih malang lagi bagi sesetengah makanan, walaupun terdapat sesuatu nutrient, namun dalam satu makan yang sama terdapat juga bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Contohnya walaupun susu mengandungi banyak kalsium, tetapi susu juga mengandungi banyak protein yang akan membebankan hati dan buah pinggang .
Post ini akan mendedahkan kajian sebenar mengenai petua pemakanan berdasarkan konsep ilmu Colour Vibration Therapy. Kajian ini bukanlah sesuatu yang kontraversi memandangkan terdapat banyak pembuktian terhadap kesan pemulihan dan pengurangan simptom sesuatu penyakit.
Berikut ialah ringkasan pengenai sesuatu nutrient atau makanan serta kesan pengambilannya.
PROTEIN | ||
Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
Protein tinggi seperti kobis, taugeh | Sakit belakang hilang | Mata kabur, |
Mengambil makanan daging tinggi protein yang banyak seperti daging ayam, kuning telur | Badan sasa | Gatal kulit, kulit sensitif, berjerawat |
Protein tinggi daripada soya seperti susu soya, tauhu, tau fu fa, tempe, kicap soya asli | Cergas sementara | Sakit kepala, tekak loya |
Protein tinggi daripada susu tinggi protein atau susu awal lembu atau susu IGGPlus | Badan sasa, hilang sakit belakang, mengurangkan simtpom kencing manis | Mata silau, mudah demam secara tiba-tiba, masalah berkaitan buah pinggang, prostat dan masalah kencing |
Protein teroksida daripada ikan yang diproses menjadi keropok dan fish ballatau fish cake | Tinggi IQ | Trouma yang sukardilupakan. Prostat terganggu, masalah berkaitan kencing |
Protein tepu iaitu protein yang disalut kolestrol seperti makanan yang diperah limau, keropok lekor | Tinggi IQ | Strok, koma, sebu atau angin, prostat terganggu, masalah berkaitan kencing |
Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
Makanan tinggi zat seperti spirulina dan multivitamin | Menghilangkan simptom kencing manis. Memberi kecergasa sementara. Mencegah jangkitan penyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik) | Gangguan spiritual, kelesuan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein |
VitaminC | Mencegah jangkitanpenyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik) | Usus berdarah, melemahkan buah pinggang akibat batu karang |
Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
Logam berat daripada bayam, mengkudu, kerang, hati | Pelupa, tekanan darahtinggi | |
Logam berat atau makanan berat zat seperti herba yang dipekatkan atau kopi campuran herba | Pelupa, keliru, mudah mengantuk, tekanan darah tinggi | |
Logamberat daripada kulit ikan yang ciri-cirinya licin danhitam seperti ikan keli, dan semua bahagian kepala ikan (walaupun ikantersebut kulitnya kasar dan cerah) | Pelupa, keliru | |
Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
Urik asid daripada makanan berwarna kuning dan masam seperti buah yang telah lama dipetik, jeruk, cuka, makanan yang diperam. | Gout, sendi tulang, kencing manis | |
Urik asid daripada yis yang digunakan untuk menghasilkan roti dan donat. | Gout, perasaan tertekan | |
Urik asid daripada daging ayam bandar terutama bahagian kulitnya. | Gout, sendi tulang | |
Urik asid daripada kopi dan teh yang diambil berlebihan | Gout, sendi tulang, tekanan perasaan, kekeliruan | |
Minuman bergas dan minuman berjenama Nescefe | Gout, jantung, berdebar,sendi tulang, perasaan tertekan | |
Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
Kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, perut, hati, serangga seperti belalang atau protein serangga | Kekenyangan | Buah pinggang lemah, masalah kencing, prostat, antibodi lemah, resdung, alergi |
Kolestrol daripada minyak masak berasaskan tumbuhan seperti minyak soya, minyak kelapa sawit, minyak jagung (kecuali minyak bunga matahari, minyak kelapa dan minyak zaitun) | Jantung, mata kabur, tekanan darah tinggi | |
Kolestrol daripada daging lembu terutama daging berger dan diproses hingga teroksida seperti bakso | Strok, koma, tekanan darah tinggi | |
Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
Tumbuhan pengurai (atau pengguna ketiga dalam rantaianmakanan) seperti cendawan atau kulat contohn ya seperti lingzhi ataugano atau pelbagai cendawan atau kulat yang dijadikan sayur | Mengurangkan aktiviti kanser, cergas sementara | Kelesuan yang amat sangat kerana tenaga diserap |
Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
Makananyang diletakkan perasa monosodiom glitumat MSG seperti makanan ringan dan makanan segera | Kesan seperti urik asid, kesan seperti protein tinggi dan kolestrol tepu | |
Makanan yang diletakkan perasa pedas | Usus berdarah | |
Makanan yang diletakkan perwarna seperti sirap dan mee kuning | Masalah buah pinggang, masalah kencing, masalah kelenjar prostat | |
Makanan yang diletakkan penahan seperti buah mata kucing, buah longan | Alergi, masalah penyakit kulit, kesan seperti urik asid | |
Makan yang dihasilkan secara kimia seperti kopi berjenama Nescafe | Gout, kesan seperti urik asid, tekana perasaan | |
Makanan | Kesan Sementara | Kesan_Sampingan |
Makanan yang dibungkuskan di dalam bekas bertoksik seperti polisterin dan botol plastik air mineral | Cirit-birit, gangguan hormon terutama kelenjar pitutari | |
Minuman yang dibungkuskan di dalam tetra pak seperti minuman kotak tarutama susu kotak kerana bungkusan boleh ditembusi bakteria | Cirit-birit | |
Makanan dalam tin yang distrilkan dengan radioaktif seperti sardin, laici atau buah dalam tin | Kereputan tulang, gangguan saraf, kesan seperti urik asid | |
Makanan | Kesan Sementara | Kesan Sampingan |
Makanandan minuman berkoko seperti susu perasa coklat atau susu berkoko (milo, vico) kek coklat, coklat bar | Cergas, melegakan tekanan perasaan | Ketagihan, kelenjar tiroid terganggu, dahaga, hilang selera makan, peluh berlebihan, kehilangan banyak mineral seperti pottasiom melalui peluh, sembelit |
Semua minuman kopi yang berkefen dan minuman berjenama Nescefe | Cergas, tidak mengantuk | Ketagihan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein, tekanan perasaan, sembelit, buasir atau masalah usus |
awesome...i do like dis.
ReplyDeleteso lpas ni kena la aku gtau mber aku kurangkan minum nscafe nanti kna gaot hahahha
klu dah sume xelok nak makan ape?
ReplyDeletemakan je la
ReplyDeletetapi janji makanan 2 halal...