Saturday, February 6, 2010

Teori Tekanan

Sel akan berfungsi apabila struktur komponen dalamannya berada dalam keadaan tersusun, padat dan saling berkonduksi antara satu sama lain. Untuk menjadikan keadaan ini berlaku, ia perlu diterapikan berkonsepkan Teori Tekanan. Ais merupakan rahsia Teori Tekanan. Teori Tekanan memberi kesan paradigma yang besar apabila diaplikasikan bagi tujuan kesihatan terutamanya sebagai booster bagi medium kekonduksian gema.

Tekanan (teori fizik) merupakan faktor penting untuk meningkatkan kekonduksian vibration dalam bentuk gema (vibration) supaya pemulihan mencapai tahap resonan (teori resonan). Gema daripada Aromatherapy Seri Wajah yang dihantar melalui medium air bertindak dengan memberikan tekanan kepada medium dan juga tekanan kepada saraf yang menerima gema.

Rajah 1: Synapses dan Saraf

Rajah 1 di atas menunjukkan satu sistem saraf dalam tubuh badan manusia. Dalam sistem ini, gema boleh dikesan oleh saraf deria (axon terminals) dan dihantar ke sel soma melalui impulse conduction (sel myelin). Sel soma akan mengaturkan saraf untuk dihantar ke sistem saraf pusat iaitu tulang belakang dan ke otak. colour vibration therapy cvt

Otak akan mentafsirkan gema melalui bahagian yang limbik. Dari bahagian tersebut, gema akan dihantar dalam bentuk rangsangan tenaga infrasonik ke sel tubuh yang memerlukannya. Tenaga infrasonik ini akan merangsang molekul dalan DNA dan memastikan sel bertindak dengan betul dalam skala resonan schumenn (takrifan harmoni atau semulajadi atau hening).

Apabila tekanan dikenakan ke atas sesuatu zarah, getaran tenaga zarah akan bertambah. Getaran tersebut menjadikan zarah akan bergetar dengan frekuensi gelombang jarak dekat. Akhirnya zarah hanya akan bergetar di tempatnya sendiri. Ketika itu susunan zarah akan menjadi lebih rapat. Ion-ion yang terdapat pada zarah akan menjadikan kedudukan zarah menjadi lebih tersusun.

Rajah 3: Susunan zarah dalam keadaan suam



Rajah 4: Susunan zarah dalam keadaan tertekanan (Sejuk)

Rajah 3 di atas menunjukkan kedudukan zarah dalam sebuah bekas. Apabila dikenakan tekanan, maka zarah akan mulai rapat seperti dalam Rajah 4. Col
our Vibration Therapy cvt
Gema hanya dapat bergerak melalui zarah. Zarah yang menerima tekanan, akan menjadikan gema daripada Aromatherapy Seri Wajah dapat mengalir dengan lebih pantas dan menyeluruh.

Medium terbaik untuk mengalirkan gema ialah ais. Aromatherapy Seri Wajah boleh dititiskan terus ke atas ais atau air yang disejukkan dengan ais.

Tekanan juga memberi kesan terhadap biologi tubuh. Sel yang menerima tekanan akan menjadikan aktivitinya lebih cekap dan pantas. Molekul di dalam DNA akan tersusun dengan lebih teratur seterusnya menjaga dan dapat memerihara keharmonian tubuh.

Di dalam sistem saraf, saraf deria akan menjadi jauh lebih peka kerana saling rapat antara satu sama lain. Pengaliran gema melalui impuls conduction akan menjadi lebih cekap kerana gema dapat melompat atau berkongsi dengan sistem saraf yang lain dengan lebih baik.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa tekanan amat penting dalam proses pengaliran gema daripada Aromatherapy Seri Wajah manakala medium yang terbaik adalah dengan menggunakan ais.

Kesan Tekanan Terhadap Medium Air

Dengan mematuhi Hukum Keabadian Tenaga, maka gema merupakan satu bentuk tenaga akan terus bergerak. Pergerakan gema hanya berlaku melalui lompatan antara satu zarah ke zarah yang lain. Kecekapan lompatan ini bergantung kepada keadaan susunan dan kedudukan zarah. Semakin rapat kedudukan zarah maka semakin laju pergerakan gema. Kedudukan yang rapat dipengaruhi oleh susunan zarah yang teratur. Semakin sempurna ikatan molekul, maka semakin tersusun zarah. Tandanya dapat dilihat daripada kejernihan sesuatu objek. Ais merupakan contoh zarah yang tersusun dengan teratur. Semakin sempurna ikanan molekul air, maka semakin jernih dan bersinar ais tersebut. Karbon yang tersusun zarahnya akan kelihatan jernih dan bersinar dan dikenali sebagai berlian. Karbon yang tidak tersusun zarahnya akan menjadi pudar atau hitam tidak telus cahaya dan dikenali sebagai arang.

Rajah 5 di sebelah kiri menunjukkan zarah air dalam keadaan normal yang tidak mendapat tekanan. Gema boleh bergerak di dalamnya. Zarah yang ditandakan dengan warna merah tidak terlibat mengutuskan gema. Terdapat dua contoh koordinasi gema dalam air ini yang tidandakan dengan anak panah warna biru.






Rajah 6 di sebelah kiri menunjukkan air yang mendapat tekanan hingga membentuk ais. Gema akan bergerak dengan lebih cekap di dalam ais berbanding air biasa. Hampir semua zarah air terlibat mengutus gema. Terdapat enam contoh koordinasi gema dalam ais berbanding air dalam bekas yang sama. Bermaksud gema begerak dengan lebih banyak, serta dengan kepantasan yang tinggi.



Kesan Tekanan Terhadap Sel Saraf


Rajah 7 di sebelah kanan menunjukkan sel saraf dalam keadaan normal atau panas. Saraf ditunjukkan dengan warna hitan. Saraf mati diwarnakan perang dan gema ditandakan dengan anak panah biru. Gema masih boleh melalui saraf dalam keadaan normal tanpa tekanan.




Rajah 8 di sebelah kanan menunjukkan saraf yang sihat atau mendapat tekanan. Terdapat empat koordinasi gema dalam ruang yang sama. Impuls bergerak dengan cepat dan amat cekap kerana saraf tersusun dengan rapi. Walaupun terdapat saraf yang mati, Impuls masih boleh bergerak dengan cekap melalui lencongan saraf. Lencongan hanya dapat berlaku jika berlaku tekanan.

Fenomena tekanan ini menjelaskan kesan rawatan terhadap pesakit parkinson yang pulih melalui ikhtiar rawatan Colour Vibration Therapy CVT.

Kesan Tekanan Terhadap Sel Kapilari Darah Dan Isipadu Darah

Rajah 9 di sebelah kiri menunjukkan sel kapilari darah dalam keadaan panas atau tidak sihat. Salurannya sempit. Gambar atas ialah potongan dari pandangan atas, dan gambar bawah ialah potongan dari pandangan sisi.

Keadaan ini berlaku sekiranya seseorang mengamalkan meminum air yang suam atau panas, mandi air panas atau terdedah kepada cuaca atau keadaan persekitaran yang panas.

Penyempitan saluran darah mengakibatkan perjalanan darah terganggu. Antara masalah daripada penyempitan saluran sel kapilari ialah:
  1. 1. Risiko penempelan kolestrol dan serangan jantung.
    2. Serangan strok.
    3. Obesiti atau kegemukkan.
    4. Keletihan.
    5. Kekurangan oksigen.
    6. Deposit urik asid.




Rajah 10 di sebelah kanan ini menunjukkan sel kapilari darah yang mendapat tekanan. Ruang saluran darah menjadi lebih luas. Darah akan mengalir dengan lebih lancar.


Selain itu, isipadu darah juga akan berkurang ketika dalam keadaan bertekanan (aplikasi termoneter). Oleh itu, masalah migrain dan tekanan darah tinggi akan berkurang. Darah yang mendapat tenaga daripada tekanan akan bekerja dengan lebih cekap. Tekanan darah yang stabil akan meningkatkan tahap kesihatan tubuh secara optimum.



Hidrotherapy Ice Colour Vibration Therapy

Hidrotherapi Ais merupakan kaedah yang pertama seumpamanya diperkenalkan bagi tujuan penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit secara keseluruhan merangkumi aspek spiritual, emosional, menatal dan fizikal. Hidrotherapy Ais telah dipertingkatkan teknologinya dengan penggunaan elemen-elemen air ionik beralkali (ionized-alkaline), ozon, garam potassium dan lain-lain yang membantu merawat penyakit selain mengekalkan kesihatan dan kecantikan tubuh badan.

Kaedah mandian ais yang diperkenalkan melalui rawatan Colour Vibration Therapy ialah dengan cara pembauran antara Aromatherapy, Garam Bukit, Sulfur (belerang), Kapur, Ais di dalam bath tub berisi air yang beralkali dan diozonkan.

Bilik rawatan dilengkapi mesen air alkali berserta tangki simpanannya, water ozonizer dan lampu UV. Kelengkapan lain ialah sistem flush, singki, bilik bilasan, dan sistem pengaliran udara. Setiap kelangkapan mempunyai peranan tertentu.

Setiap satu bahan dan kelengkapan memainkan peranan tertentu untuk mencapai keberkesanan rawatan yang paling potimum.

Aromatherapy Seri Wajah merupakan bahan yang paling utama digunakan dalam mandian Hidrotherapy Ice. Gema yang dibawa melalui Aromatherapy Seri Wajah akan mensenyawakan bahan-bahan yang dibaurkan supaya dapat reaktif dengan sesuatu peringkat level pada tubuh badan. Gema juga akan bertindak mempertenagakan sel ketika di dalam proses rawatan mandian Hidroterapy Ice.

Aromatherapy Seri Wajah bertindak sebagai rahsia Spiritual semasa di dalam pembauran bahan. Antara penyakit yang berkaitan dengan level spiritual antaranya ialah
  1. Lesu, lemah semangat, halusinasi, ketakutan.
  2. Daya ingatan, awet muda, kawalan hormon.
  3. Migrain, kasih sayang, menipu, mencuri.
  4. Tidur, imsonia, tumpuan.
  5. Antibiotik semulajadi, keceriaan.
  6. Sinus, resdung, deria baru.
  7. Demam, telinga, mulut, lidah, gigi, gusi.
  8. Tekanan darah rendah, tekanan perasaan.

Tahukah anda, mayat manusia yang dijumpai dalam ais glasier, bekas tasik garam, pergunungan batu kapur dan lembah belerang bekas lohong gunung berapi tidak reput selama beribu-ribu tahun. Bahan ini bertindak mengawetkan sel manusia yang terperangkap di dalammnya. Dalam dunia perubatan, ia diaplikasikan sebagai medium antibiotik dan medium unsur senyawa.

Ais adalah pencegah kehilangan tenaga. Ia akan terus mengawal tenaga agar tidak hilang dan mengekalkan kemudaan sel.
Gambar sebelah kanan ialah "iceman" iaitu manusia pra-sejarah yang ditemui di pergunungan Alps iaitu sempadan antara Austria Italy.

Keadaan iceman amat baik dari kulit hingga ke makanan yang masih terdapat di dalam pertutnya. Kulitnya tidak reput atau berubah strukturnya. Aktiviti bakteria yang berperanan menguraikan organik pada iceman didapati telah terencat dan terhapus. Begitu juga kesan tindak balas kimia bagi tujuan penguraian juga tidak berlaku. Tekanan dan pemadatan oleh ais menjadikan keadaan organik iceman kekal tanpa sebarang perubahan malah sebelum kematian iceman, sel-sel tubuhnya telah mencipta anti-aging semulajadi kesan daripada tekanan akibat diselaputi glasier.

Garam adalah raja segala kimia. Garam mampu membekalkan cukup oksigen untuk keperluan sel. Dalam mandian Hidrotherapy Ice, garam akan bertindak sebagai penguat kekonduksian gema serta pengurai ozon yang cekap.

Batu kapur berkeupayaan memerangkap dan mengurai karbon dioksida dan juga menutralkan bahan berasid daripada menjejaskan sel. Batu kapur boleh menghantar gema hingga ke tulang dan menjaga kekuatan saraf.

Belerang adalah penyahaktif aktiviti bakteia dan kulat. Ia meransang rembesan sel dengan cara menghantar gema ke dalam nukleus sel dan juga menutralkan bisa dan racun di dalam sel.

Dalam mandian Hidtrotheapy Ice, belerang berperanan membantu memberi kekuatan kepada sistem penghadaman. Sulfur boleh bertindak sebagai peransang atau menguja rembesan enzim untuk penghadaman.

Sebagai penyimpan gema yang menyamai gema organ hempedu dan kulit, sulfur menyahaktifkan aktiviti kulat dan bakteria yang mempunyai gema di luar julat gema sulfur. Kebanyakkan bahan kosmetik dan krim penyakit kulit menggunakan sulfur sebagai bahan asas.

Pembauran dalam air.

Semua keempat-empat bahan ini dibaurkan besama dalam satu campuran. Ia tidak mampu bertindak sebagai sebatian sebaliknya tetap dalam bentuk tersendiri dan tidak mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu, ia hanya akan mensewakan bahagian yang terlibat dengan gema yang dibawa oleh bahan tersebut masing-masing.

Peranan bahan ini adalah satu kometmen untuk mencapai tahap kesihatan yang paling optimum semasa proses mandian Hidrotherapy Ice.

Rahsia Piramid Dari Perspektif Teori Tekanan.

Setiap bentuk mempengarui aliran tenaga. Piramid mempunyai rahsia penjagaan gema agar tidak hilang. Piramid mempunyai sukatan tertentu yang juga mempengaruhi keadaan tertentu. Di bawah ialah kajian terhadap pergerak tenaga berdasarkan bentuk tertentu.

Rahsia mumia yang ditemui di dalam piramid adalah satu fenomena yang boleh diterangkan secara saintifik malah boleh diaplikasikan bagi tujuan rawatan. Rajah di bawah menunjukkan pegerakan tenaga dalam sesuatu bentuk. Anak panah warna merak menunjukkan tenaga yang dibebaskan, anak panah warna biru putus-putus menunjukkan tenaga yang kembali.





Bentuk bulat menjadikan tenaga hanya bergerak ke satu arah sahaja.

Secara tiga dimensi, tenaga dalam sfera akan terus bergerak ke satu arah

Pergerakkan yang berterusan akan membentuk satu cakera dengan tahap tenaga yang sama dan tidak berubah.


Bentuk empat segi menjadikan tenaga bergerak ke pelbagai arah secara rambang

Secara tiga dimensi, tenaga yang bergerak dalam kuboid akan bertambah fokus.



Fokus menjadikan tenaga di dalam bentuk kuboid akan terus naik ke atas ke tahap infiniti.


Bentuk tiga segi menjadikan tenaga yang bergerak akan kembali tempat asal semula.



Secara tiga dimensi, tenga yang bergerak di dalam piramid akan bergerak dengan laju



Gerakkan yang berterusan menjadikan tenaga berada dalam julat keharmonian schumenn atau julat cahaya boleh nampak iaitu menyami tenaga dalam tubuh manusia.

Piramid kiri (Ruang dan masa stabil). Piramid kanan (Ruang dan masa infiniti)

Bentuk piramid diaplikasikan sebagai ruang terbaik untuk menyimpan Aromatherapy Seri Wajah. Semakin lama ia disimpan, maka semakin kuat tenaga di dalamnya. Jika tenaganya berkurangan, dengan menyimpannya untuk seketika sudah memadai untuk mengembalikan tenaganya semula.

Keadaan yang harmoni dan bertenaga ialah tempat yang menghasilkan gelombang yang menyamai tenaga di dalam piramid. Secara semulajadi keadaan ini boleh diperolehi di tepi air terjun, dalam gua yang tidak dihuni kelawar, tepi pantai pada waktu bagi yang nyaman atau mandi air sungai yang sejuk dan yang sedang mengalir dengan deras. Tenaga ini diperolehi dan disalirkan melalui ion-ion negatif.

Gambar di sebelah ialah salah satu daripada kaedah Pyramid Therapy. Sebenarnya anda boleh mendapatkan keadaan seperti ini dengan hanya mandi dengan menitiskan setitik Arimatherapy Seri Wajah ke dalam air mandian. Melalui kaedah mandian hidrotherapy Ice, setitik Aromatherapy Seri Wajah akan dititiskan setiap 10 minit ke dalam tub mandi.

colour vibration therapy cvt


Menyedari arah pengaliran tenaga di dalam ruang, maka bentuk terbaik untuk mendapatkan rawatan mandian Hidrotherapy Ice ialah dengan berendam di dalam tub mandi yang berbentuk segi empat. Bentuk segi empat akan lebih memfokuskan tenaga berdasarkan niat dan doa.

Setelah mendapat rawatan Hidrotherapy Ice, anda perlu berehat seketika di atas katil berbentuk segiempat.

Bentuk katil segiempat bertujuan mengekalkan momentum kesan tekanan daripada rawatan Hidrotherapy Ice.

Facial Hidrotherapy Ice

Menjadi satu komitmen dan kesungguhan dalam ikhtiar untuk kami menjadikan kajian saintifik ini dimanfaatkan untuk tujuan kesihan melalui konsep Facial Hidrotherapy Ice. Dalam kaedah yang akan diperkenalkan ini, teknik dalam mandian Hidrotherapy Ice akan digunakan dalam Facial Hidrotherapy Ice untuk mencapai matlamat wajah berseri.

No comments:

Post a Comment